Tawaran Pinjaman Pelajaran Untuk Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pertama Ke Luar Negara

0 570

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) mempelawa Warganegara Malaysia rakyat Negeri Kelantan Darulnaim yang lahir dan bermastautin di Negeri Kelantan yang berkelayakan bagi mendapat pinjaman pelajaran YAKIN untuk mengikuti kursus pengajian peringkat ijazah pertama bagi sesi pengajian 2020/2021 di luar negara.

Jom semak syarat kelayakan dan bagaimana cara untuk membuat permohonan bagi tawaran ini.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Online dibuka mulai 16 OGOS 2020, Ahad dan tarikh tutup permohonan ialah pada @ sebelum 17 SEPTEMBER 2020, Khamis manakala tarikh akhir penerimaan borang permohonan dan dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 30 SEPTEMBER 2020, Rabu.

SYARAT-SYARAT UMUM PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat umum untuk membuat permohonan melanjutkan pelajaran ke luar negara:

  •  Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (Rakyat Kelantan).
  • Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi Tempatan / luar Negeri.
  • Lulus dengan baik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan bagi kursus-kursus Ijazah Pertama.
  • Pelajar-pelajar universiti yang berada di tahun 2,3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
  • Memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Kursus dan universiti yang mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

SYARAT-SYARAT KHUSUS

Pertimbangan akan diberi kepada pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Telah LULUS peperiksaan IMTIHAN QABUL dan mendapat tawaran ke TAHUN 1 (Bagi pelajar Kursus Bahasa Arab).
  • Telah menerima surat tawaran dan penempatan ke TAHUN 1 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
  • Pelajar perlu mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) @ Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) yang dikeluarkan oleh KPT.
  • Telah diterima masuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dan:
    • Mendapat surat pengesahan berada di tahun tiga (3) atau empat (4) pengajian sesi 2020/2021 bagi Kursus Pengajian Islam di Mesir daripada Jabatan Penuntut Malaysia.
    • Mendapat surat pengesahan berada di tahun dua (2) pengajian sesi 2020/2021 bagi Kursus Pengajian Islam di Jordan daripada Jabatan Penuntut Malaysia.
    • Mendapat surat pengesahan berada di tahun satu (1) pengajian sesi 2020/2021 bagi Kursus Pengajian Islam di Indonesia daripada Jabatan Penuntut Malaysia.

KURSUS YANG DITAJA

Berikut merupakan negara dan khusus yang ditaja oleh Yayasan Kelantan Darulnaim:

  • MESIR
    • Maahad Qiraat [BERMULA TAHUN 1 – 4]
    • Pengajian Islam, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat [BERMULA TAHUN 3]
    • Bahasa Arab [BERMULA TAHUN 1 PENGAJIAN]
    • Pergigian & Farmasi [BERMULA TAHUN 1 PENGAJIAN]
  • INDONESIA
    • Pengajian Islam, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat [BERMULA TAHUN 1 – 4]
    • Perubatan, Pergigian & Farmasi [BERMULA TAHUN 1 PENGAJIAN]
  • JORDAN
    • Pengajian Islam, Bahasa Arab, Ulum Islamiah, Takhassus Qiraat .
      [BERMULA TAHUN 2 PENGAJIAN]

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang Permohonan Online hendaklah dicetak dan disertakan bersama
dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut:

  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Sumpah / Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
  • Satu keping gambar berukuran pasport.
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja).
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti.
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di pautan berikut sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 17 September 2020.

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN LUAR NEGARA (YAKIN)

Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian. Lengkapkan permohonan dan maklumat yang diperlukan serta cetak borang permohonan online dan lampirkan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan untuk dihantar ke alamat:

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah Mati
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7483213 / 7446127

Permohonan dan dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke pejabat YAKIN sebelum tarikh 30 September 2020. Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup, tidak lengkap, tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana di atas akan ditolak dan tidak akan diproses. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.