Tawaran Pinjaman Pelajaran ke IPTA Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)

0 528

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan pinjaman pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Ijazah KIAS – KUIN di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan bagi tajaan pinjaman pelajaran YAKIN.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi tajaan pinjaman pelajaran YAKIN:

  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan dan bermastautin di Negeri Kelantan.
  • Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti / Institusi tempatan sebagaimana A dan B.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan tajaan pelajaran pinjaman dibuka bermula 16 Ogos 2020 sehingga 17 September 2020 dan tarikh akhir bagi penerimaan borang permohonan atau dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 30 SEPTEMBER 2020.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang Permohonan Online HENDAKLAH DICETAK dan senarai dokumen yang perlu disertakan dan disahkan untuk membuat permohonan:

  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Sumpah / Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
  • Satu keping gambar berukuran pasport.
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja).
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti.
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).

CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web di pautan di bawah bermula pada 16 Ogos 2020 sehingga 17 September 2020.

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAKIN

Pemohon yang ingin membuat permohonan mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk membuat permohonan secara atas talian. Isikan maklumat yang diminta dengan lengkap dan cetak borang permohonan online berserta dokumen yang telah disahkan untuk dihantar ke alamat berikut:

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
Jalan Gajah Mati
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel : 09-7483213 / 7446127

Tarikh akhir bagi penerimaan borang permohonan dan dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 30 SEPTEMBER 2020. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup, tidak lengkap dan tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana ketetapan di atas akan ditolak dan tidak akan diproses.

Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan jika tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.