BPN 2.0: Ini Cara Membuat Permohonan Bagi Golongan B40 & M40

0 1,410

BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0.

PENERIMA BPN 2.0

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Sekiranya anda telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini anda tidak perlu mengemukakan permohonan untuk BPN 2.0.

KADAR BAYARAN

Berikut adalah kadar bayaran BPN 2.0 yang akan diterima:

  • Isi Rumah
    • B40 (RM4,000 ke bawah) – RM1,000
      • Fasa pertama – RM700
      • Fasa kedua – RM300
    • M40 (RM4,001- RM8,000) – RM600
      • Fasa pertama – RM400
      • Fasa Kedua – RM200
  • Bujang
    • B40 (RM2,000 ke bawah) – RM500
      • Fasa pertama – RM350
      • Fasa kedua – RM150
    • M40 (RM2,001- RM4,000) – RM300
      • Fasa pertama – RM200
      • Fasa kedua – RM100

TARIKH PEMBAYARAN

Berikut adalah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat:

  • Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
  • Fasa Kedua – Januari 2021

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum inI iaitu:

  • Ada akaun bank
    • Berjaya kredit – Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN
    • Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
  • Tiada akaun bank – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
  • Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021.

SEMAKAN STATUS

Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

PENOLAKAN BPN 2.0

Sekiranya anda telah menerima BPN sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0 anda boleh mengikuti langkah di bawah seperti berikut:

  • Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
  • Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  • Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian
    Kewangan Malaysia di alamat berikut:
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    Presint 2, 62592 Putrajaya.

Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0 anda boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober 2020.

Leave A Reply

Your email address will not be published.