Tawaran Pinjaman Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2020

0 841

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke
peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian
Tinggi DALAM NEGARA kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka daripada 17 September 2020 sehingga 17 Oktober 2020.

SYARAT UMUM

Berikut adalah syarat umum bagi permohonan Program Graduan Cemerlang 2020:

  • Pemohon/Ibu/Bapa berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada lepasan Ijazah Pertama/Sarjana.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam senarai Hitam (Blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-undang MARA.
  • Had umur pada 31.12.2020
    • Peringkat sarjana: Kurang daripada 40 tahun
    • Peringkat Dr Falsafah: Kurang daripada 45 tahun
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi  bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab
    tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara serta tidak pernah
    diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh
    pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C & lain-lain), epilepsi, penyakit genetik & penyalahgunaan dadah.
  • Mendapat pelepasan/penanguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik
    pinjaman daripada pinjaman badan penaja lain.
  • Calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
  • Warga kerja MARA dan subsidiari MARA, TIDAK layak memohon pinjaman ini.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Berikut adalah syarat kelayakan akademik yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Peringkat Sarjana Dalam Negara
    • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  • Peringkat Doktor Falsafah Dalam Negara
    • Memiliki Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian
      CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA layak dipertimbangkan sekiranya memiliki Pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun. Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)(Part I) dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

SYARAT PROGRAM

Antara syarat program yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  • Sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020.
  • Tempoh baki pengajian:
    • Sarjana < 1 tahun
    • PHD < 2 tahun
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang dimohon.
  • Pengajian sepenuh masa.
  • Kursus yang diikuti mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

TEMPOH TAJAAN

Tempoh tajaan adalah seperti berikut:

  • Peringkat Sarjana: 1-2 Tahun
  • Peringkat Doktor Falsafah: 4 Tahun

SENARAI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Berikut adalah senarai institut pengajian tinggi:

  • UNIVERSITI AWAM (UA)
  • GOVERNMENT LINKED UNIVERSITY (GLU)
    • UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
    • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
    • UNIVERSITI MULTIMEDIA
  • INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)
    • ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION
    • ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE AND  TECHNOLOGY
    • BERJAYA UNIVERSITY
    • CITY UNIVERSITY
    • HELP UNIVERSITY
    • INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR
    • INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY
    • INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY
    • KDU UNIVERSITY COLLEGE
    • KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
    • LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE
    • MAHSA UNIVERSITY
    • MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY
    • NILAI UNIVERSITY
    • PERDANA UNIVERSITY
    • SEGI UNIVERSITY COLLEGE
    • SUNWAY UNIVERSITY
    • TATI UNIVERSITY COLLEGE
    • TAYLORS UNIVERSITY
    • TWINTECH INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY
    • UCSI UNIVERSITY
    • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
    • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
    • UNIVERSITY OF CYBERJAYA
    • CURTIN UNIVERSITY SARAWAK MALAYSIA
    • MONASH UNIVERSITY MALAYSIA
    • NEWCASTLE UNIVERSITY MEDICINE MALAYSIA
    • SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
    • UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA
    • UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
    • AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui laman web rasmi MARA seperti di pautan di bawah mulai 17 September sehingga 17 Oktober 2020.

PERMOHONAN PROGRAM GRADUAN CEMERLANG 2020

Permohonan secara atas talian (online) yang telah dihantar sila ke URL:
https://mypersonaliti.mara.gov.my bagi menduduki Ujian Personaliti. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2613 2103 / 32109 / 32067 / 32106
Emel : [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.