[Terkini] Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0

0 1,761

Kerajan telah mengumumkan untuk membuka semula permohonan untuk Geran Khas Prihatin 2.0 kepada peniaga yang terjejas akibat Covid 19. GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Semak kelayakan anda untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 ini.

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut sebelum membuat permohonan:

  • Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
      Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

KADAR BANTUAN

Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan GKP 2.0 akan dibuka selama 1 bulan iaitu mulai 1-31 Oktober 2020. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

KAEDAH BAYARAN

Kaedah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan anda boleh membuat permohonan di pautan di bawah bermula 1 Oktober 2020 sehingga 30 Oktober 2020.

Portal Geran Khas Prihatin ini disediakan oleh pihak LHDNM. Untuk makluman anda permohonan secara manual tidak akan diterima. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menghubungi talian care line di 03-8911 1000 atau menghubungi mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan dengan kawasan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.