Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2021

0 665

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2021 telahpun dibuka mulai 24 Ogos 2020.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara permohonan ke Tingkatan 1 MRSM sesi 2021.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dibuka mulai 24 Ogos 2020 sehingga 4 Disember 2020.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Antara program yang ditawarkan di MRSM adalah seperti berikut:

  • Premier
  • Ulu Albab
  • IGCSE
  • IB MYP
  • Teknikal
  • PKP

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang ditetapkan untuk memasuki Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Tahun 2021:

Syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi oleh pelajar:

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  • Mestilah memohon secara online
  • Sihat tubuh badan
  • Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat kelayakan khusus bagi yang perlu dipenuhi oleh pelajar

  • Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon haruslah aktif dalam aktiviti kokurikulum
  • Pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah akan diberi keutamaan
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM)

Berikut adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang perlu dihadapi oleh pelajar untuk menguji potensi calon dan minat malibatkan beberapa subjek seperti berikut:

  • MATEMATIK
    • Masa menjawab: 30 minit
    • Jumlah soalan:20 soalan objektif
  • BAHASA INGGERIS
    • Masa menjawab: 30 Minit
    • Jumlah soalan:15 soalan objektif
  • SAINS
    • Masa menjawab: 30 Minit
    • Jumlah soalan: 30 soalan objektif
  • KEPERIBADIAN
    • Masa menjawab: 30 minit
    • Jumlah soalan: 100 soalan objektif

BANTUAN KEWANGAN

MARA menyediakan bantuan kepada pelajar dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Antara bantuan yang disediakan adalah:

  • Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
    • Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima Bantuan Kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar.
    • Bantuan kewangan BUDI diberi kepada pelajar dalam bentuk pengecualian Wang Caruman (WC), pemberian wang saku (WS) dan penyediaan barangan persekolahan seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.
  • Pemberian Wang Saku (WS)
    • Wang Saku (WS) adalah sejumlah pemberian bulanan oleh MARA kepada pelajar sebagai wang belanja bulanan pelajar sepanjang pelajar berkenaan berada dalam sistem MRSM. Pemberian MS ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

CARA MEMOHON

Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan di bawah:

Pemohon yang ingin membuat permohonan diingatkan untuk membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan.

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke MRSM. Anda boleh terus melayari laman web rasmi MARA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.