Tawaran Kemasukan Pelajar-Pelajar Baharu Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sesi 2020/2021

0 796

Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu / yatim, anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Kompleks Darul Kifayah mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi kemasukan baru sesi pengambilan tahun 2020/2021.

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan bagi kemasukan pelajar baharu Kompleks Darul Kifayah.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka sehingga 30 September 2020. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan.

KEUTAMAAN

Keutamaan akan diberikan kepada individu berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Anak yatim, yatim piatu dan asnaf
  • Sihat tubuh badana dan fizikal
  • Boleh membaca al-quran
  • Bukan pemegang kad OKU
  • mampunyai rekod pencapaian akedemik yang baik

KELAYAKAN UMUM

Syarat kelayakan umum untuk membuat permohonan ke Kompleks Darul Kifayah adalah dari kalangan anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru yang berumur di antara 11 tahun hingga 17 tahun untuk mengisi kekosongan di Asrama Kompleks Darul Kifayah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mengemukan permohonan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Berusia di antara 11 tahun hingga 17 tahun pada tahun 2020.
  • Sihat tubuh badan, mental dan fizikal.
  • Anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru.
  • Masih bersekolah dan mempunyai pendidikan akademik yang baik.
  • Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah / salahlaku akhlak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:

  • Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohondan Ibu / Bapa / Penjaga.
  • Satu salinan sijil kematian ibu/ bapa atau sijil perceraian atau Pengislaman.
  • Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun.
  • Satu salinan sijil peperiksaan UPSR / UPSRA / UPKK / PMR.
  • Satu salinan slip gaji ibu / bapa / penjaga.

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang permohonan di bawah dan menghantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlulah dihantar di alamat berikut:

Kompleks Darul Kifayah
Lot 28188, Jalan 36/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves 68100 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03- 6188 4844 No. Faks : 03- 6188 1844

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ini, boleh diemelkan ke alamat [email protected].

Leave A Reply

Your email address will not be published.