Institut Kemahiran Baitulmal Bantu Basmi Kemiskinan Di Wilayah Persekutuan

0 852

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan merupakan usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. IKB membuka peluang kepada mereka yang mempunyai kelulusan minima tamat darjah enam (6) bagi menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti.

Untuk makluman anda, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan di Institut Kemahiran Baitulmal:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis).
  • Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.
  • Sihat tubuh badan & berminat.

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah kemudahan yang disediakan di IKB:

  • Blok akademik dan pentadbiran
  • Blok asrama yang dapat menampung 300 hingga 350 orang.
  • Dewan serbaguna yang dapat menampung 500 orang.
  • Kemudahan perpustakaan.
  • Kemudahan peralatan dan bahan kursus.
  • Kelengkapan pakaian seragam kepada setiap pelajar.
  • Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.

KHUSUS YANG DITAWARKAN

Khusus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    • Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
    • SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
    • SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
    • Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
    • Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB
  • KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    • Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
    • SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
    • SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan
  • KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut:

    • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
    • Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
    • Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
    • Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
  • KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    • Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
    • SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
    • SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
    • SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita
  • KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    • Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan
  • KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

    • Sijil Teknologi Binaan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
    • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon yang berminat untuk mengikuti khusus yang ditawarkan oleh IKB perlulah mengikut prosedur permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
  • Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.(Akan diberitahu kelak)
  • Menghadiri sesi temuduga (ujian lisan) bagi yang layak.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Institut Kemahiran Baitulmal anda boleh menghubungi talian 03-9283 0198.

Leave A Reply

Your email address will not be published.