Kad Pengenalan Hilang. Jangan Sesekali Buat Laporan Palsu. Ini Prosedur Yang Perlu Anda Lakukan

0 761

Isu kehilangan Kad Pengenalan bukanlah suatu isu yang boleh dibuat main. Menurut, Kamal Affendi Hashim iaitu Penganalisis Jenayah, mengakui kehilangan dokumen pengenalan diri itu mampu mengundang pelbagai lagi masalah seperti penyamaran, penipuan identiti, mendapatkan khidmat percuma secara curang dan juga pemalsuan dokumen.

Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang bertanggungjawab dengan membuat laporan palsu mengenai kehilangan Kad Pengenalan mereka.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang hilang kad pengenalannya hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

Ikut perkongsian ini untuk mengetahui apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika kehilangan Kad Pengenalan.

AKIBAT MEMBUAT LAPORAN PALSU

Berikut adalah akibat individu yang mengemukakan laporan polis palsu mengenai kehilangan Kad Pengenalan:

  • Didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan
  • Denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SYARAT PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN\

Antara syarat-syarat untuk membuat permohonan gantian Kad Pengenalan Yang Hilang adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah hadir dimana-mana kaunter JPN; atau
  • Memohon gantian kad pengenalan hilang secara atas talian di laman web (www.jpn.gov.my) melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon yang bertaraf Warganegara.

PROSEDUR PERMOHONAN

Berikut adalah prosedur permohonan yang perlu diikuti oleh pemohon:

  • Pemohon perlu hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk permohonan gantian hilang kad pengenalan.
  • Perlu mengemukakan laporan polis sama ada bagi kes kehilangan kad pengenalan akibat jenayah (bagi kehilangan kali pertama dan seterusnya) ataupun akibat kecuaian (diwajibkan bagi kes kehilangan kali kedua dan seterusnya).
  • Laporan polis perlu menyatakan dengan jelas butir-butir kejadian serta menyebut butir-butir Kad Pengenalan yang hilang.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan asal dan salinan yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang miskin atau daif atau orang-orang kurang upaya (OKU)]; atau

    2. Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Pejabat Daerah atau Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung [bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam]; atau

    3. Bagi kehilangan Kad Pengenalan yang disebabkan kes rompakan, samun, kecurian, malapetaka dan seumpamanya,laporan polis perlu disertakan yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.

    4.  Bagi pertukaran alamat, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

BAYARAN YANG DIKENAKAN

Berikut adalah bayaran yang dikenakan bagi Kad Pengenalan yang hilang:

  • Bagi permohonan melalui aplikasi “Sistem Gantian MyKad” di portal JPN bayaran hanya menggunakan kad kredit sahaja.
  • Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian hilang Kad Pengenalan yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan atau sekiranya Kad Pengenalan lama dijumpai semula.
  • Bayaran Hilang bagi MyKad atau MyTentera Sahaja (WARGANEGARA)

  • Bayaran Hilang bagi MyPR atau MyKAS sahaja.(BUKAN WARGANEGARA)

Diharapkan semua orang lebih berhati-hati dan tidak cuai untuk menjaga Kad Pengenalan diri masing-masing agar tidak menyusahkan banyak pihak. Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh ke Portal Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.