Jika Inginkan Anak Anda Sentiasa Sihat, Bawalah Mereka Keluar Bermain 30 Minit Setiap Hari

0 681

Kebanyakan ibu bapa pada masa kini kebanyakkannya mempunyai masa yang terhad untuk bersama dengan anak-anak mereka. Oleh hal demikian, situasi ini telah menyebabkan kebebasan anak-anak untuk bermain di luar menjadi lebih terhad.

Selain itu, ibu bapa juga mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak membenarkan anak mereka bermain di luar rumah. Mereka berpendapat anak-anak akan lebih selamat jika berada di dalam rumah sambil menonton televisyen, bermain gajet dan makan makanan ringan.

Ibu bapa yang inginkan anak anda sihat, bawalah mereka keluar bermain selama 30 minit setiap hari.

KEBAIKAN ANAK BERMAIN LUAR RUMAH

  • Dapat Melegakan Stres
    • Anak-anak yang membesar dengan dikelilingi alam sekitar adalah faktor signifikasi kepada kesihatan emosi dan mental kanak-kanak. Dengan bermain di luar, anak anda dapat menikmati kehijauan alam, sekali gus menghilangkan tekanan mereka apabila asyik terperap di dalam rumah.
  • Menajamkan Daya Penglihatan
    • Menurut kajian dalam Optometry and Vision Science, kanak-kanak yang bermain di luar mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang sering menghabiskan masa di ruangan tertutup atau dalam rumah.
    • Pakar berpendapat hal ini mungkin kerana faktor sinaran cahaya luar yang lebih terang kepada kanak-kanak. Kawasan luar juga memberikan pandangan yang lebih meluas dan jauh untuk anak-anak
  • Meningkatkan Sistem Imun
    •  adalah lebih baik sekiranya ibu bapa membiarkan anak meraka berkaki ayam semasa bermain di atas tanah dan rumput kerana ianya boleh meneutralkan free radicals.
    • Kanak-kanak perlu terdedah kepada kekotoran dan kuman bagi membantu sistem imun tubuh mereka berkembang dengan baik.
  • Berlaku Peningkatan Sosial
    • Melalui bermain, kanak-kanak akan belajar mengurus kelakuan dan mengawal emosi mereka.
    • Jika anak berada di taman permainan, anda akan lihat bagaimana anak anda belajar berkawan dengan rakan sebayanya, belajar berkongsi mainan dan berkerjasama, serta belajar bertolak-ansur.
  • Mendapat Sumber Vitamin D
    • Sinaran matahari adalah sumber terbaik untuk vitamin D. Anak yang dibenarkan bermain akan terdedah kepada sinaran matahari.
    • Kanak-kanak masa kini kebanyakkannya tidak mendapat vitamin D yang mencukupi menyebabkan masalah pada tulang kanak-kanak, masalah diabetes dan penyakit jantung.

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN

Berikut dikongsikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak selain daripada pergi ke taman permainan:

  • Berjoging
  • Bermain bola
  • Membasuh kereta
  • Memancing
  • Menanam pokok atau sayur
  • Berkebun
  • Bermain dengan air dan buih
  • Melompat
  • Mengutip sampah

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama di luar rumah oleh ibu bapa untuk anak-anak.

Untuk makluman ibu bapa, bermain membolehkan kanak-kanak berlatih menjadi seorang yang lebih dewasa dan belajar pelbagai kemahiran-kemahiran yang berguna untuk kehidupan.

Dengan bermain anak akan menjadi lebih aktif, bertenaga dan sihat kerana ketika bermain mereka akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, ibu bapa yang inginkan anak mereka sihat, benarkan dan luang masa bersama mereka untuk bermain 30 minit setiap hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.