Pembiayaan Tunai Selangor Advance Untuk Perusahaan IKS Sektor Kerajaan

0 1,626

Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan perniagaan telah mula beroperasi seperti normal namun ramai antara mereka yang sedang menghadapi cabaran menguruskan aliran tunai akibat pembayaran lambat dan peningkatan kos ketika ini. Dengan suntikan wang tunai daripada Penyelesaian Pembiayaan Selangor Advance, anda kini boleh mempercepatkan pemulihan perniagaan anda dan melindungi perniagaan daripada kemelesetan ekonomi.

Sebanyak RM75 juta telah diperuntukkan bagi prgram Selangor Advance dengan tujuan mengitarkan ekonomi Selangor dengan mempercepatkan aliran tunai. Pembiayaan ini dijalankan secara berperingkat.

Ikuti perkongsian ini untuk mengentahui dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan tunai Selangor Advance yang diberikan kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

KRITERIA KELAYAKAN

Antara kriteria kelayakan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang kepada kumpulan syarikat Kerajaan Negeri Selangor, agensi Kerajaan Negeri Selangor, dan/atau pihak berkuasa tempatan Negeri Selangor dengan syarat bayaran terma kredit (transaksi antara perniagaan).
  • Perniagaan anda mempunyai rekod prestasi yang baik dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sepanjang tempoh berurusan.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN SELANGOR ADVANCE

Berikut adalah ciri-ciri pembiayaan Selangor Advance:

  • Sistem Tawarruq berlandaskan patuh Shariah
  • Membiayai invois sektor kerajaan
  • Kelulusan segera dan tiada cagaran
  • Caj serendah 1% dari nilai invois

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • 6 bulan penyata bank

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat anda perlulah membuat permohonan di pautan bawah dan seterusnya mengikuti langkah yang diberikan.

  • Pergi ke laman sesawang Selangor Advance.
  • Klik MOHON.
  • Seterusnya, anda perlu menyediakan pengesahan siap kerja
  • Hantarkan invois kepada Selangor Advance untuk memohon pembiayaan pembayaran awal.
  • Dapatkan bayaran awal dengan kadar segera.

Anda akan dimaklumkan status kelayakan/kelulusan permohonan untuk mengambil bahagian dalam program ini dalam masa 3 hari setelah borang diisikan dengan lengkap.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan penerangan lebih lanjut, anda boleh menghubungi talian 018 282 8502 dan 018 282 8277.

Leave A Reply

Your email address will not be published.