Tawaran Penajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor

0 1,579

Peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran teknikal dan ikhtisas untuk anak negeri Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan Penajaan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor.

Anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran penajaan program inisiatif kemahiran teknikal dan ikhtisas Smart Selangor.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka sehingga 30 September 2020.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan untuk membuat permohonan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor:

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor lebih daripada 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun. (Pemohon perlu kemukan Salinan sijil berhenti sekolah rendah (darjah 1 hingga 6) dan sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5)
  • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS 5 subjek (Bahasa Melayu dan Sejarah WAJIB LULUS dan 3 subjek lain).
  • Permohonan borang  yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

BIDANG PENGAJIAN

Berikut adalah bidang pengajian yang ditawarkan:

  • Automotif
  • Semburan cat
  • Motosikal
  • Penyaman Udara
  • Elektrik
  • Sistem Komputer
  • Tekstil & Pakaian
  • Rekaan Rambut
  • Kulinari
  • Pastri

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang disediakan untuk membuat permohonan:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu
  • Salinan Kad Pengenalan Bapa
  • Salinan Sijil Kematian / Cerai / Akuan Sumpah (Jika Berkaitan)
  • Surat Akuan Pemastautin
    Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga (Bagi Pemohon, Ibu & Bapa Yang Bukan Lahir Di Negeri Selangor)
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Daripada IPT / Surat Pengesahan Pelajar
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah (Tahun 1-6) & Sekolah Menengah (Tingkatan 1-5)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (Jika Masih Bekerja)
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Pemohon Pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung/ Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/ Ketua Rukun Tetangga (Jika Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja / Suri Rumah)
  • Salinan Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen Terkini Ibu Bapa / Penjaga Pemohon (Jika Pesara Kerajaan)
  • Cop Pengesahan Institusi Pengajian
  • Cop Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Akaun Bank Pelajar

CARA MEMOHON

Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang permohonan di bawah sebelum 30 September 2020:

BORANG PERMOHONAN IKHTISAS SMART SELANGOR

Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen yang diminta dan telah disahkan sebelum menghantar borang permohonan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menghubungi talian 019-3424 111 (En. Zuzaily) dan 03-3281 2619 (En.Ahmad)

Leave A Reply

Your email address will not be published.