Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Diganti Dari SPA8 Ke SPA9

0 1,630

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan hebahan kepada pemohon pekerjaan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemohon yang membuat permohonan di SPA8i perlulah peka dan mengambil perhatian terhadap penggantian sistem pekerjaan ini.

Untuk makluman anda, Borang SPA8i telah pun ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada 28 September 2020.

PENUTUPAN BORANG SPA8i

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :
  • Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
  • Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi

Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.

Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftarannya masih belum tamat tempoh, pemohon tidak perlu membuat pendaftaran semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau untuk memohon jawatan baru.

SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SPA9)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) sepenuhnya menggantikan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) mulai 28 September 2020.

Selepas 28 September 2020, pemohon pekerjaan perlulah memohon pekerjaan dengan membuat permohonan di SPA 9 sahaja. Pemohon boleh membuat permohonan melalui pautan di bawah mulai 28 September 2020.

Pemohon diingatkan semula bahawa akaun pendaftaran yang masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Diharapkan sistem pendaftaran yang baharu ini adalah lebih praktikal dan memudahkan urusan pemohon untuk mendapatkan pekerjaan.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.