Penggantian Kad Pengenalan, Pasport & Dokumen Peribadi Hilang/Rosak Akibat Banjir Secara Percuma!

1,612

Air banjir melimpah tiba-tiba sehingga tak sempat nak selamatkan barang-barang elektrik serta dokumen peribadi.

Habis semua rosak kad pengenalan, passport malah dokumen peribadi yang penting juga turut hanyut akibat banjir!

Macam mana nak dapatkan semua dokumen-dokumen ini? Perlu buat pembayaran ke? Tak perlu bayar, percuma sahaja!

JENIS-JENIS PENGGANTIAN DOKUMEN PERCUMA

Antara dokumen-dokumen yang boleh digantikan secara percuma ialah:

  1. Kad pengenalan
  2. Passport
  3. Sijil Kelahiran
  4. Sijil Kematian
  5. Dokumen peribadi (Di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri)

Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Imigresen akan diarahkan supaya membantu mangsa yang dokumen mereka musnah atau hilang akibat banjir dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin

Tiada bayaran dikenakan dan sudah pasti ianya PERCUMA!

PEMBERSIHAN BANJIR

Buat masa ini, semua mangsa banjir digalakkan untuk memberi tumpuan kepada proses pembersihan banjir.

Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen serta agensi berkaitan akan membantu semua mangsa banjir yang terlibat untuk mendapatkan dokumen gantian dokumen-dokumen penting tersebut.

VIDEO KENYATAAN

Anda juga boleh dapatkan kenyataan melalui video oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin disini.

Bagi anda yang memerlukan bantuan seperti barangan keperluan dan sebagainya, anda boleh klik pautan dibawah. Kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan  juga menyediakan beberapa bantuan dan inisiatif kepada mereka yang ditimpa musibah seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT & KENYATAAN

Dapatkan maklumat selanjutnya di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.