Semakan Keputusan SPM 2023 Melalui SMS & Secara Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024. Sebanyak 395,870 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada hari pengumuman. Bagi calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

KPM menekankan bahawa pihak sekolah harus memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan dilaksanakan secara cekap dan teratur. Ini adalah untuk memastikan semua calon menerima keputusan mereka dengan lancar.

Berikut maklumat lengkap Semakan Keputusan SPM 2023 Mulai 27 Mei 2024.

TARIKH SEMAKAN SEMAKAN

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023
Tarikh Semakan Jam Semakan
  •  27 Mei 2024
  •  10 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia

CARA SEMAKAN ONLINE & SMS

Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui dua kaedah berikut:

Kaedah Semakan  Cara Semakan Mula  Tamat 
Dalam Talian  secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024; dan/atau 10:00 pagi, 27 Mei 2024  6:00 petang, 02 Jun 2024 
SMS  secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 10:00 pagi, 27 Mei 2024  6:00 petang, 02 Jun 2024 

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada negara pada masa hadapan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.