Tak Lengkap Vaksinasi COVID-19, Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 Akan Ditangguhkan

1,541

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah mengeluarkan satu arahan pekeliling mengenai penangguhan bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 kepada penjawat awam.

Siapa yang terlibat?

Ia hanya tertakluk kepada penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi COVID-19 seperti yang termaktub di dalam pekeliling JPA yang dikeluarkan baru-baru ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2022

Penjawat awam akan menerima bayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 kepada penjawat awam sebanyak RM700 pada:

  • 25 Januari 2022

Menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran dan tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Penjawat awam yang melengkapkan vaksinasi selewat-lewatnya 31 Mac 2022 layak mendapat bayaran RM700 tersebut.

Pegawai persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Jan depan layak mendapat bayaran RM700 itu.

PENJAWAT AWAM TERLIBAT

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Mohd Khairul Adib Abd Rahman, pengecualian hanya untuk:

  • Penjawat awam yang tidak divaksin atas faktor kesihatan dan mendapat pengesahan pengamal perubatan berdaftar.
  • Pembayaran ini juga tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf, termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, ditukar sementara serta penempatan khas ke gred jawatan utama atau gred khas.
  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Jan 2021 hingga 25 Jan 2022, serta pegawai ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam bagi tempoh sama.
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 hingga 25 Jan tahun depan, dan pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai badan berkanun yang diasingkan saraan.
  • Penangguhan bayaran itu turut meliputi pegawai yang ditahan kerja, digantung atau mempunyai rekod surat pertuduhan dikeluarkan pihak berkuasa tatatertib.

PEKELILING JPA

Tak Lengkap Vaksinasi COVID-19, Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 Akan Ditangguhkan

Bagi anda yang memerlukan bantuan seperti barangan keperluan dan sebagainya, anda boleh klik pautan dibawah. Kerajaan Malaysia dan agensi berkaitan  juga menyediakan beberapa bantuan dan inisiatif kepada mereka yang ditimpa musibah seperti berikut:

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.