Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sesi 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus melalui ‘single entry point’.

Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

SEKOLAH KHUSUS

Berikut merupakan sekolah khusus yang terlibat bagi pentaksiran kaedah baharu ini adalah:

CARA MEMOHON

Permohon untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh diakses di pautan di bawah:

  • Tingkatan Satu – https//:spskt1.moe.gov.my
  • Tingkatan Empat – https//:spskt4.moe.gov.my

Untuk makluman anda, semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang telah ditetapkan diseluruh negara.

TARIKH PENTING

Berikut merupakan tarikh permohonan secara atas talian, semakan pusat pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran:

PEMBAHAGIAN SEKOLAH KHUSUS

Pembahagian pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan merangkupi tiga bahagian iaitu:

  • Ujian Kecerdasan Insaniah (20%) – Secara dalam talian.
  • Kecerdasan Intelektual (70%) – Secara dalam talian.
  • ujian Artikulasi Penulisan (10%) – Secara bertulis.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020.

Leave A Reply

Your email address will not be published.