Mohon Sekarang Pembiayaan Asprasi Assist Sehingga RM20,000

0 599

Aspirasi Assist ialah platform yang menawarkan pembiayaan kepada perusahaan PKS yang memerlukan. Platform ini merupakan sebahagian daripada program bantuan COVID-19 berjumlah RM150 juta yang telah diumumkan Axiata Group Berhad bersama anak-anak syarikatnya Axiata Digital, Celcom Axiata Berhad, dan edotco Group.

Sebagai inisiatif, Aspirasi Assist menawarkan pembiayaan Aspirasi Capital beserta dengan terma-terma istimewa, termasuk 6 bulan penangguhan pembayaran balik.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pembiayaan Mikro Aspirasi Capital ini.

MANFAAT ASPIRASI ASSIST

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang akan diterima melalui pembiayaan Aspirasi Assist:

  • Pembiayaan ditawarkan dari RM1,000 sehingga RM20,000.
  • Tempoh pembiayaan 18 bulan dengan tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama, diikuti dengan pembayaran balik untuk 12 bulan.
  • Kadar keuntungan 0.5% sebulan dan 0.75% sebulan untuk pembiayaan melebihi RM10,000.
  • Aspirasi Capital ialah pembiayaan Syariah berasaskan konsep komoditi Murabahah.
  • Manfaat kematian akibat kemalangan dengan jumlah perlindungan bernilai RM10,000.
  • Manfaat hilang upaya kekal akibat kemalangan dengan jumlah perlindungan bernilai RM10,000.
  • Menerima manfaat bantuan kewangan kecemasan dengan mendapatkan  tuntutan sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal dan kemasukan ke hospital lebih daripada 4 hari akibat kemalangan.

MAKLUMAT PERMOHONAN

Berikut merupakan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk membuat permohonan Aspirasi Assist:

  • Nama Penuh pemohon mengikut Kad Pengenalan
  • Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan dan Kategori Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  • Akses ke kamera (didalam komputer riba atau telefon bimbit) bagi pengesahan Kad Pengenalan dan swafoto (selfie) pemohon.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi memohon Pembiayaan Aspirasi Assist:

  • Pemohon mesti berusia di antara 18 ke 65 tahun.
  • Pemohon mesti adalah warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
  • Pemohon mesti memiliki perniagaan yang mematuhi konsep Syariah.
  • Pemohon hanya dibenarkan satu (1) kontrak pembiayaan dalam sesuatu masa.

TERMA ASPIRASI

Berikut ialah terma-terma utama tawaran khas Aspirasi Capital ini:

  • Pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000
  • Kadar keuntungan 0.5% setiap bulan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 15 bulan; dan
  • Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Aspirasi Assist bagi individu yang berminat untuk memohon dana pembiayaan:

  1. Pergi ke laman web Aspirasi Capital
  2. Klik MOHON SEKARANG

3.Seterusnya, klik SEDIA dan lengkapkan maklumat dan butiran diri yang diperlukan serta klik pada untuk pengesahan. 

4. Klik MULAKAN PERMHONAN

5. Kata laluan OTP akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan kata laluan yang telah dihantar kepada anda.

6. Sekiranya anda tidak mendapat kod OTP anda perlu menekan pada Hantarkan Kod Baru.

7. Setelah memasukkan kod OTP, sila sahkan (verify) nombor kod anda.

8. Masukkan Butiran Perniagaan pemohon

    • Nama Perniagaan
    • Nombor Pendaftaran Perniagaan
    • Kategori Perniagaan
    • Alamat Perniagaan
  • Kemudian, buat pengesahan identiti anda dengan
    • Ambil atau tangkap gambar Kad Pengenalan
    • Ambil gambar swafoto yang jelas dan tiada sinaran
  • Klik ‘CONTINUE’.
  • Permohonan anda akan diproses.

Pemohon yang layak akan dimaklumkan kemudian. Jika permohonan anda berjaya, anda wang pembiayaan dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun bank pelanggan ialah 48 jam (2 hari bekerja) selepas permohonan pembiayaan diluluskan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang mengenai dana pembiayaan mikro Aspirasi Assist ini boleh ke laman web www.aspirasi.co.

Leave A Reply

Your email address will not be published.