Panduan Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online melalui e-Pengeluaran

0 577

Pencarum KWSP yang mempunyai i-akaun, anda perlu ambil tahu tentang perkara ini. Terdepat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh KWSP untuk pencarumanya membuat pengeluaran hanya dengan atas talian sahaja tanpa perlu membuang masa beratur atau menunggu di kaunter.

Untuk makluman anda, e-Pengeluaran ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.

Beberapa maklumat penting akan dikongsikan untuk pengetahuan anda mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP secara atas talian ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk membuat permohonan:

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa.
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum.
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.

JENIS-JENIS PENGELUARAN

Berikut merupakan jenis-jenis pengeluaran bagi kemudahan e-pengeluaran Akaun 2:

  1. PENGELUARAN PRA-PERSARAAN
    • Perumahan
      • Beli rumah.
      • Bina rumah.
      • Ansuran bulanan pinjaman perumahan.
      • Mengurang/Menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
      • Ahli mengambil pinjaman perumahan dengan Institusi Pemberi Pinjaman (IPP).
    • Pendidikan
      • Ahli mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
      • Mengambil pinjaman dari IPP dalam negara.
    • Kesihatan
      • Ahli menerima rawatan di institusi perubatan dalam negara.
    • Simpanan Melebihi 1 Juta
      • Ahli mempunyai simpanan melebihi RM1 juta.
    • Umur 50 Tahun
      • Ahli berumur di antara 50 sehingga sebelum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 2.
  2. PENGELUARAN PERSARAAN
    • Umur 55 Tahun
      • Ahli berumur di antara 55 sehingga sebelum mencapai umur 60 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 55
    • Umur 60 Tahun
      • Ahli mencapai umur 60 tahun dan mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun Emas/Akaun 55
    • Dividen Tahunan
      • Ahli mencapai umur melebihi 55 tahun dan ingin mengeluarkan dividen tahunan atas simpanan tahun sebelumnya.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Langkah-langkah berikut adalah untuk membuat permohonan pengeluaran Akaun 2 KWSP melalui e-pengeluaran:

  • Pemohon perlulah mempunyai dan telah mendaftar i-Akaun terlebih dahulu.
  • Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP
  • Pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia)
  • Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkanTransaction Authorisation Code (TAC) yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP.
  • Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran.
    • Dalam keadaan khas dan tertentu, ahli perlu hadir ke pejabat KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP
  • Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli) Ahli akan menerima makluman di inbox i-Akaun dan SMS bagi tujuan pengecaman Cap Ibu
    Jari/penghantaran dokumen (jika perlu) dan notifikasi SMS bagi status bayaran.

Untuk makluman anda, keputusan pengeluaran akan mengambil masa selama 10 hari masa bekerja. Anda juga boleh membuat semakan semakan senarai institusi yang menyertai e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda serta memberi manfaat untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP secara atas talian melalui e-Pengeluaran.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.