Permohanan Hadiah Galakan Ke IPT Yayasan Sarawak Dibuka Sepanjang Tahun

0 579

Bakal mahasiswa anak kelahiran Sarawak ini peluang anda untuk mendapatkan Hadiah Galakan ke IPT (HGipt) yang telah ditawarkan oleh Yayasan Sarawak.

Hadiah Galakan ini dibuka bertujuan untuk membantu membiayai kos peringkat awal pelajar yang memulakan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Hadiah Galakan ke IPT (HGipt)

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan geran bantuan ini dibuka sepanjang tahun untuk anak jati Sarawak membuat permohonan.

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran bagi bantuan ini diberikan secara one-off tanpa perlu membayar semula adalah seperti berikut:

  • IPTA dalam Sarawak: RM1,000.00
  • IPTA luar Sarawak : RM1,500.00

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi membuat permohonan Hadiah Galakan ke IPT:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohonan adalah anak jati Sarawak.
  • Terbuka kepada pelajar untuk semester 1 sahaja.
  • Mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Curtin Miri, Swinburne Kuching dan UCTS Sibu.
  • Ibubapa / penjaga pelajar mempunyai pendapatan perkapita RM1,500.00 dan ke bawah.
  • Hanya meliputi kemasukan peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Diploma / Diploma / Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam, Kolej Matrikulasi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institusi Latihan Kemahiran / Teknikal anjuran kerajaan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara salinan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan ini adalah eperti berikut:

  • Surat tawaran daripada institusi.
  • Kad pengenalan pelajar dan Ibu bapa.
  • Sijil Lahir.
  • Salinan akaun bank pelajar.
  • Penyata gaji, pencen atau pengesahan rasmi pendapatan ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji.

CARA  MEMOHON

Permohonan untuk Hadiah Galakan ke IPT ini boleh dibuat secara atas talian dan secara manual.

Berikut adalah cara untuk mengemukakan permohonan Hadiah Galakan ke ipt secara atas talian:

  • Pergi ke laman sesawang Hadiah Galakan Ke IPT Yayasan Sarawak.
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Next.
  • Pemohon perlu memasukkan maklumat-maklumat berikut untuk membuat pendaftaran:
    • Nombor telefon
    • Emel
    • Password
    • Soalan Keselamatan
    • Jawatan Keselamatan
  • Tandakan kotak pengesahan bahawa anda telah bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan.
  • Seterusnya, klik butang Register.
  • Setelah selesai membuat pendaftaran, anda boleh login semula untuk membuat permohonan.
  • Klik Hantar apabila telah selesai mengisi dan melengkapkan permohonan.
  • Anda perlu menghantar salinan dokumen yang diminta ke Yayasan Sarawak.

Bagi permohonan secara manual anda boleh memuat turun borang permohonan di bawah dan menghantar ke alamat di bawah bersama dokumen sokongan.

Yayasan Sarawak,
Wisma Adenan, Jalan Sultam Tengah,
Petra Jaya, 93050,
Kuching, Sarawak.
Tel: 082-4400571
Faks: 082-440023

Untuk maklumat lanjut mengenai Hadiah Galakan IPT anda boleh menghubungi Yayasan Sarawak di talian 082-441686 atau menghantar emel ke alamat  [email protected]. Pemohon juga boleh layari laman web rasmi Yayasan Sarawak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.