[TIP LENGKAP] Panduan Membeli Rumah Pertama Anda

0 633

Memiliki kediaman sendiri pastinya menjadi idaman setiap orang. Terdapat beberapa sebab yang membuatkan orang membuat keputisan untuk membeli rumah. Antaranya adalah untuk diduduki sendiri atau sebagai pelaburan.

Anda perlu mengetahui tujuan sebenar anda membeli rumah. Anda perlu mengelakkan daripada membuat kesilapan dan menanggung kerugian hasil daripada membeli rumah yang.

RUMAH UNTUK KEDIAMAN SENDIRI

Berikut adalah tips untuk membeli rumah untuk kediaman sendiri.

1. Memenuhi Keperluan Keluarga

Rumah yang dipilih haruslah memenuhi keperluan keluarga, selamat dan selesa untuk diduduki.

2. Membeli Rumah Mengikut Kemampuan

Untuk membeli rumah, anda perlu memastikan bahawa harga rumah yang dibeli dengan menggunakan pinjaman bank tidak melebihi satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan dan sebagainya).

Sebagai contoh gaji kasar anda adalah RM3,000 sebulan, maka pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!

Walaupun anda mampu untuk membuat pinjaman sehingga RM1 juta, tetapi pastikan anda mengurang kos yang tidak perlu kerana semakin besar pinjaman rumah, semakin tinggi ansuran yang perlu ditanggung boleh anda.

3. Lokasi Persekitaran

Sebelum anda membeli rumah, pastikan kediaman rumah anda mempunyai kemudahan seperti berikut:

    • Balai polis
    • Restoran
    • Sekolah
    • Klinik atau Hopital
    • Kedai Runcit/Pasar/Pasaraya
    • Elakkan memilih lokasi yang berdekatan dengan kilang dan stesen janakuasa.

4. Berdekatan Dengan Tempat Kerja

Apabila anda membeli rumah dengan tempat kerja, anda akan menerima banyak kelebihan seperti mejimatkan kos petrol, menjimatkan tol dan masa yang diambil untuk bergerak ke tempat kerja.

5. Mengetahui Kos-Kos Yang Terlibat

Anda perlu mengetahui kos-kos yang terlibat untuk membeli rumah di peringkat awal:

    • Membayar yuran tempahan.
    • Mambuat pendahuluan (downpayment).
    • Memorandum Pemindahan.
    • Yuran guaman untuk membuat surat perjanjian
    • Stamping untuk SPA.
    • Duti setem untuk pinjaman.
    • Yuran guaman unutk perjanjian pinjaman.
    • Yuran pemindahan hak milik.

RUMAH SEBAGAI PELABURAN

Berikut adalah tips membeli rumah sebagai pelaburan anda. Sebagai contoh anda menyewakan rumah anda kepada orang lain untuk diduduki.

  • Lokasi

Anda perlu membuat pemantaun dan menyemak sama ada lokasi yang dipilih adalah strategik dan menjadi tumpuan untuk orang ramai.

Lokasi yang dipilih hendaklah memiliki kemudahan asas yang memudahkan orang yang ingin membeli semula rumah atau orang yang bakal menyewa di rumah tersebut.

  • Pulangan Sewa

Anda perlu membuat kiraan semula sama ada pulangan sewa di ditetapkan oleh anda kepada penyewa, memberi pulangan atau hasil kepada anda atau tidak.

Sebagai contoh, anda perlu membayar kepada bank setiap bulan adalah RM1,000 sebulan anda boleh menyewakan rumah anda dengan harga RM1,250 sebulan. Disini menunjukkan anda  mendapat pulangan sewa sebanyak RM250 sebulan dengan bersih.

Selain itu, anda mempunyai kelebihan untuk kenaikan harga sewaan rumah yang memberi lebih banyak manfaat kepada anda.

  • Elakkan Pelaburan Untuk Jangka Masa Pendek

Terdapat lambakan yang berlaku di pasaran hartanah dimana pelabur perlu berhadapan dengan kerugian.

Hal ini kerana terdapat beberapa kawasan dalam pasaran hartanah yang mengalami kejatuhan harga.

Pada kebiasaannya, dalam pelaburan hartanah merupakan pelaburan jangka panjang kerana untuk mendapat keuntungan berada dalam tempoh lima sehingga 10 tahun.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk membuat pertimbangan apabila hendak membeli rumah untuk diduduki atau sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.