7 Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Yang Anda Perlu Tahu!

0 710

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah satu sistem yang menyediakan insurans perkerjaan, perkhidmatan pekerjaan dan maklumat pasaran buruh (LMI) oleh PERKESO.

Bantuan daripada SIP adalah berbentuk kewangan atau mambantu mencari pekerjaan baru kepas pencarum yang kehilangan pekerjaan dan kehilangan punca pendapatan. Kadar caruman bagi SIP adalah 0.2% dari majikan dan 0.2 % daripada gaji bulanan pekerja.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahhui dengan lebih lanjut mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

JENIS-JENIS FAEDAH

Sistem Insurans Pekerjaan menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

FAEDAH BERBENTUK KEWANGAN

Berikut adalah faedah-faedah yang berbentuk kewangan yang disediakan oleh SIP:

  1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

    • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2.
    • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3.
    • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal.
    • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya.

2. Fi/Yuran Latihan (FL)

    • Kemudahan latihan vokasional.
    • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih.
    • Pemohon yang berjaya boleh menerima latihan selama 3-6 bulan dengan kos maksimum RM 4000.

3.  Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

    • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan.
    • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP.
    • Dibayar secara pukal.

4. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

    • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal.
    • Sebanyak 25% daripada baki EMP.
    • Dibayar secara pukal.

5. Elaun Latihan (EL)

    • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
    • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (3-6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
    • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL

FAEDAH BANTUAN PENCARIAN PEKERJAAN

Bagi faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans adalah seperti berikut:

  1. Program Penempatan Pekerjaan

    • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

2. Kaunseling Kerjaya

    • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

LIPUTAN DAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah Akta bagi Sistem Insurans Pekerjaan yang meliputi semua pekerja yang:

  • Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap.
  • Berumur 18-60*
  • Bekerja dalam sektor swasta**
  • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
  • *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
  • ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk mambuat permohonan bagi semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.
  3. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berikut adalah senarai jadua kelayakan CQC:

7 FAEDAH SIP

CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) boleh dibuat secara atas talian atau di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan kawasan anda. Bagi permohonan  untuk faedah secara atas talian boleh ke pautan di bawah:

PERMOHONAN UNTUK FAEDAH SIP

Berikut adalah salinan utama dan salinan sokongn (jika berkenaan) yang perlu dilampirkan bersama dengan borang permohonan:

(a) Salinan kad pengenalan.
(b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya).
(c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan).
(d) Salinan akaun bank.
(e) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.)
(f) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.
(g) Lain-lain:nyatakan (dokumen berkaitan dengan kes).

Untuk makluman anda, permohonan yang lengkap akan dibuat pengesahan oleh pegawai PERKESO. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan [Seksyen 28, ASIP]. Kelewatan dalam menghantar permohonan ini akan menyebabkan tuntutan faedah tidak dapat diproses.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut dan terkini, anda boleh layari laman web rasmi Sistem Insurans Pekerjaan.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.