Permohanan Zakat ke IPT Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan

0 524

Bantuan Zakat melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada asnaf yang layak ke IPT dalam negeri. Bantuan ini diberikan untuk meringankan bebanan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan amatlah digalakkan untuk membuat permohonan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat dan cara permohonan dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan  zakat ke  IPT  boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT  tersebut.

Selain itu, tempoh untuk mengemaskini permohonan pula adalah seminggu dari tarikh permohonan dibuat.

PERINGKAT PENGAJIAN

Bantuan zakat IPT ini terbuka kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke:

  • Peringkat Diploma.
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk untuk mengemukakan permohonan zakat ke IPT:

  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.

  • Salinan Surat Tawaran IPT.

  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.

  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.

  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).

  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.

  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

CARA MEMOHON

  • Pergi ke laman permohonan bantuan zakat IPT.
  • Pemohon perlulah mengisi maklumat-maklumat diminta seperti berikut:
    1. Butiran pemohon
    2. Butiran tambahan
    3. Butiran pengajian
    4. Butiran ibu bapa atau penjaga
    5. Bilangan tanggunggan ibu bapa atau penjaga
    6. Butiran tanggungan ibu bapa atau penjaga
    7. Butiran anak-anak ibu bapa atau penjaga
  • Klik butang Hantar.
  • Sistem akan memaparkan NO RUJUKAN sekiranya permohonan berjaya disimpan.
  • Pemohon perlulah menyimpan Nombor Rujukan tersebut untuk membolehkan
    kemaskini/cetakan borang permohonan dapat dilakukan.
  • Pemohon perlu mencetak borang permohonan yang telah lengkap diisi untuk mendapatkan sokongan yang berkenaan (Imam/Penggawa/Ketua Jajahan).
  • Pemohon perlu menghantar borang permohonan secara serahan tangan/pos ke
    MAIK di alamat berikut:
        • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
          Kompleks Balai Islam, Lundang
          Jalan Sultan Yahya Petra,
          15200 Kota Bharu, Kelantan
  • Setelah menerima borang permohonan, Kakitangan Agihan, MAIK akan melakukan semakan mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Permohonan diproses mengikut Pengenalan NO RUJUKAN pada borang.
  • Sekiranya pemohon membuat kemaskini permohonan, pemohon perlulah mencetak semula borang permohan yang telah dikemaskini.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi talian Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Kelantan di 09 – 748 1512 atau boleh emelkan pertanyaan anda di Portal Rasmi MAIK.

Leave A Reply

Your email address will not be published.