6 Faedah Mengejutkan Bermain Jigsaw Puzzle Yang Pasti Ramai Tak Tahu

0 586

Dalam arus teknologi yang semakin berkembang dengan pesat ini, kebanyakkan orang semakin leka dan alpa dengan adanya gajet dan aplikasi-aplikasi di telefon pintar. Sesetengah kanak-kanak dan ibu bapa akan berasa tidak senang jika telefon pintar ataupun gajet berada jauh daripada mereka.

Adakah anda mengetahui dengan bermain jigsaw puzzle dapat mengalihkan perhatian anda daripada sebarang skrin, peranti mahupun televisyen?

Jigsaw puzzle memerlukan sepenuh perhatian daripada anda dan di dalamnya mempunyai kejutan apabila anda berjaya selesai menyelesaikannya.

Permainan jigsaw puzzle ini sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua, muda ataupun kanak-kanak.

6 FAEDAH BERMAIN JIGSAW PUZZLE

1. Meningkatkan Memory Jangka Pendek

Jigsaw puzzle mampu membantu meningkatkan memory jangka pendek anda. Hal ini kerana dengan melakukan puzzle mampu menguatkan semula hubungan antara sel-sel otak dan meningkatkan kepantasan anda berfikir untuk menyelesaikan susunan puzzle tersebut.

2. Melatih Bahagian Otak Kiri dan Kanan Secara Serentak

Otak kiri digunakan untuk berfikir secara logik dan rasional. Manakala otak kanan lebih menekankan kreativiti dan intuitif. Apabila anda cuba untuk menyelesaikan jigsaw puzzle, anda akan menggunakan kedua-dua bahagian otak anda. Anda akan berfikir dan memberi perhatian sepenuhnya.

3. Mampu Untuk Mengurangkan Tekanan

Setelah lama anda bekerja atau membuat sesuatu yang memberi tekanan (stress), Anda boleh bermain dengan jigsaw puzzle kerana memberi keamanan kepada anda yang melakukan jigsaw puzzle dalam keadaan yang tenang dan menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

4. Meningkat Kemahiran Visual

Dengan melakukan jigsaw puzzle, anda akan melihat setiap saiz dan bentuk kepingan puzzle sama ada sesuai atau tidak untuk diletakkan bersama kepingan puzzle yang lain. Secara tidak langgung, ianya akan meningkatkan kemahiran visual anda dalam kehidupan harian seperti menyusun atur kelengkapan rumah, memakir kenderaan di kotak yang disediakan.

Bagi kanak-kanak pula, akan mengembangkan motor halus mereka. Kanak-kanak akan memegang, mengasingkan dan akan mencuba untuk meletakkan kepingan puzzle di ruangan yang sesuai. Motor halus kanak-kanak akan bergerak secara aktif.

6 Faedah Mengejutkan Bermain Jigsaw Puzzle Yang Pasti Ramai Tak Tahu

5. Meningkatkan Hayat Hidup Anda

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa dengan melakukan jigsaw puzzle dapat meningkatkan hayat hidup anda dengan kadar untuk mendapat penyakit Alzheimer, lupa ingatan dan demensia yang rendah.

Menyelesaikan jigsaw puzzle adalah sangat baik untuk minda, badan dan jiwa anda.

6. Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Apabila seluruh keluarga mencuba untuk menyelesaikan jigsaw puzzle, akan membentuk kerjasama dan setiap ahli keluarga akan berinteraksi antara satu sama lain. Perkara ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana penyertaan semua ahli keluarga.

Apabila anda sudah mengetahui faedah ini, ibu bapa boleh mengajak ahli keluarga anda untuk bermain dengan jigsaw puzzle untuk mendapatkan faedah dan manfaat yang ramai tidak mengetahui.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.