Permohonan Ke Tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja 2020/2021 Kini Dibuka

0 771

Maktab Tentera Diraja (MTD) mempelawa pelajar lelaki yang berada di Tingkatan Tiga pada tahun ini dan memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2020 untuk membuat permohonan ke Tingkatan Empat (4) untuk membuat permohonan ke MTD.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui keistimewaan dan syarat kelayakan memasuki Permohonan Tingkatan Empat MTD.

KEUNIKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Berikut adalah keunikan Maktab Tentera Diraja:

  • Maktab Tentera Diraja merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Bertaraf Sekolah Premier yang diuruskan di bawah Kementerian Pertahan Malaysia (KEMENTAH).
  • Reka bentuk pengajian di MTD adalah berasaskan disiplin dan pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.
  • Mengutamakan aspek kepimpinan dan kecemerlangan dalam setiap program, pemerkasaan semangat kerjasama dan ketinggian nilai integriti
  • MTD sebagai Home Of Future Leaders yang melahirkan pemimpin masa hadapan negara yang profesional dan berkaliber.

SYARAT KEMASUKAN

SYARAT AKADEMIK

Berikut merupakan syarat akademik untuk memohon kemasukan ke Tingkatan Empat MTD:

  • Keputusan Pentaksiran Kamasukan ke Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Tarikh permohonan kemasukan adalah mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.

SYARAT-SYARAT LAIN

Antara syarat-syarat lain untuk membuat permohonan adalah:

  • Pemohon (lelaki sahaja) dan ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
  • Berat minimun- 40.5 kg. Tinggi Minimum -152 cm.
  • Body Mass Index (BMI) – 18-27.
  • Ukuran dada – 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan- baikdan tidak rabun warna. Berkacamata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Kesihatan- sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit.

KEISTIMEWAAN PUTERA MTD

Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara percuma meliputi:

  • Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
  • Elaun Putera sebanyak RM100.00 sebulan.
  • Rawatan Kesihatan.
  • Pakaian Seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
  • Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wiasma Putera) yang berhawa dingin.
  • Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  • Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akedemik.
  • Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  • Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  • Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki rejimental, membaca peta dan war cry.
  • Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi Putera-putera dari Sabah dan Sarawak.

TEMPOH PERMOHONAN

Untuk makluman, tempoh permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja masih belum dibuka dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga diberitahu kelak. Tarikh permohonan kemasukan adalah mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi Unit Pengambilan & Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera, Maktab Tentera Diraja di talian 03 8946 5562 atau boleh emelkan di alamat [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.