Permohonan Zakat IPT Anak Terengganu Yang Menuntut di Dalam dan Luar Negara

0 655

Berita Gembira Untuk Anak Terengganu Yang Sedang menuntut di IPT Dalam dan Luar Negara!

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan bantuan zakat IPT bagi pelajar yang menyambung pengajian di dalam dan luar negara.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, tempoh permohonan Bantuan Zakat IPT MAIDAM ini dibuka selama 1 bulan iaitu bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan anda sebelum tarikh akhir permohonan.

OBJEKTIF

Objektif bantuan zakat ini adalah untuk:

  • Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat umum permohonan Zakat IPT MAIDAM 2020 iaitu:

  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Masih dalam tempoh pengajian atau penambahan semester.
  • Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan pengajian daripada tarikh menghantar borang permohonan ke pejabat.
  • Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan dengan industri hiburan yang melalaikan.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-manaibu dan bapa tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.

SYARAT KHUSUS PENUNTUT IPT DALAM NEGARA

Berikut merupakan beberapa syarat-syarat khusus yan harus dipenuhi oleh pemohon untuk membuat permohonan:

  • Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT.
  • Pointer CGPA 3.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT berkenaan.
  • Pelajar diploma dan ijazah boleh memohon sekiranya ada atau tiada pinjaman atau pembiayaan dan tidak bekerja.
  • Pelajar Sijil/Matrikulasi/ Asasi hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/ pembiayaan/dermasiswa/tidak bekerja. Pelajar perlu wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.
  • Pelajar Master/PHD hanya boleh memohon sekiranya tiada pinjaman/dermasiswa/biasiswa/MyBrain/MyPhD/tidak bekerja. Pelajar wajib menyertakan bersama surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

SYARAT KHUSUS PENUNTUT IPT LUAR NEGARA

Berikut merupakan syarat khusus bagi penuntut IPT yang berada di luar negara yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan:

  • Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada Attase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia.
  • Pelajar yang tiada pinjaman / pembiayaan / dermasiswa / biasiswa / tidak bekerja.
  • Keputusan peperiksaan keseluruhan semester / tahun pengajian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Surat Pengesahan Pengajian tahun semasa daripada pihak HEP IPT masing-masing atau daripada Atase Pendidikan Negeri Terengganu/Jabatan Penuntut Malaysia/Kedutaan Besar Malaysia bagi pelajar IPT luar negara.
  • Keputusan peperiksaan semester 1 sesi 2019/2020 yang wajib disahkan oleh bahagian Akademik IPT bagi pelajar dalam negara dan keputusan peperiksaan keseluruhan bagi pelajar IPT luar negara.
  • Surat pengesahan tiada tajaan yang terkini.

CARA PERMOHONAN

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Zakat IPT dalam dan luar negara:

  1.  Layari laman web Permohonan Zakat IPT dalam dan Luar Negara
  2. Klik, Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Nagara untuk permohonan kali pertama. Bagi yang telah memohon sebelum ini, sila klik butang Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.
  3. Klik Borang Permohonan di bahagian paling bawah.
  4. Masukkan no Kad Pengenalan.
  5. Isikan segala maklumat yang diminta.
  6. Setelah selesai mengisi permohonan, klik Hantar Permohonan.
  7. Seterusnya, cetak borang permohonan tersebut.
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan perlulah dihantar ke Pejabat Urusan Zakat Daerah masing-masing sebelum 31 Ogos 2020.

Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, pemohon boleh menelefon no telefon di bawah mengikut daerah masing-masing atau kemukakan di Unit Pendidikan & Pengajian Tinggi Zakat Maidam.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.