JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

6,525

Jika sebut mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pastinya sebilangan daripada kita memikirkan tentang bantuan kepada warga emas, golongan OKU dan ibu tunggal sahaja. Tetapi ramai tidak tahu bahawa terdapat banyak lagi kategori yang menerima bantuan daripada JKM.

Untuk pengetahuan anda, bantuan yang diberikan oleh JKM seperti bantuan kewangan adalah disediakan kepada kumpulan bersasar yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan kehidupan seharian mereka.

10 KUMPULAN SASAR JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Terdapat 10 kumpulan sasar yang dikenalpasti untuk menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti:

  1. Kanak-kanak
  2. Warga emas
  3. Orang Kurang Upaya (OKU)
  4. Keluarga
  5. Orang papa
  6. Mangsa bencana
  7. Mangsa keganasan rumah tangga
  8. Pesalah muda
  9. Komuniti rentan
  10. Mangsa pemerdagangan orang

SENARAI 11 KATEGORI SKIM BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Berikut adalah 11 kategori skim bantuan yang disalurkan kepada penerima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BAP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan bantuan JKM iaitu secara:

  • Manual
  • Online

MANUAL

Untuk permohonan manual, ia boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

ONLINE

Bagi permohonan bantuan JKM secara online pula adalah melalui eBantuan JKM di pautan berikut:

eBANTUAN JKM

KATEGORI BANTUAN, KADAR BANTUAN & SYARAT KELAYAKAN BANTUAN JKM

1. Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM

Kadar Bantuan

  • Minimum : RM100 sebulan seorang
  • Maksimum : RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak- kanak

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2. Elaun Pekerja Cacat

Kadar Bantuan

  • RM400 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Pemegang kad OKU JKM.
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

Kadar Bantuan

  • RM250 seorang sebulan.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Pemegang Kad OKU JKM.
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM, Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar

Kadar Bantuan

  • RM350 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

5. Bantuan Orang Tua

Kadar Bantuan

  • RM350 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Warga emas yang bukan tinggal d institusi kendalian JKM,
    pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Juga lihat : Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan Warga Emas Dinaikkan Sehingga RM500. Ini Cara Mengemukakan Permohonan

6. Bantuan Am Persekutuan

Kadar Bantuan

  • RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat Kelayakan

  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Anak Pelihara

Kadar Bantuan

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui Program Anak Pelihara yang dikendalikan oleh JKM, kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8. Bantuan Latihan Perantis

Kadar Bantuan

  • RM200 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan.
  • Kes-kes seliaan akhlak.
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

9. Bantuan Geran Pelancaran

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM2,700 sekaligus (one-off)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Kumpulan sasar JKM.
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan

Kadar Bantuan

  • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Contoh alat sokongan:

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Kumpulan sasar JKM.
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

11. Tabung Bantuan Segera

Kadar Bantuan

  • Maksimum RM300 sekaligus.
  • Bagi bayaran bulan pertama bantuan bulanan/ refund adalah mengikut kadar bantuan bulanan yang diluluskan.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN).

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Pastikan anda bawa bersama dokumen sokongan berikut ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian untuk menghantar permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri/ ibu / bapa / anak yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (Jika ada).
  • Dokumen lain-lain yang berkaitan.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN & KEMASKINI BANTUAN JKM

Anda boleh muat turun borang permohonan bantuan JKM di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh menghubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.