Kerajaan Perkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 Kepada Maji Dan Pekerja

0 1,426

Kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas berikutan penularan COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan program terbabit dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan membabitkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program Subsidi Upah 2.0.

CIRI-CIRI PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0

Berikut adalah ciri-ciri bagi program subsidi upah 2.0 iaitu:

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lalu.
  • Subsidi upah diberi hingga tiga bulan kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja hingga maksimum 200 pekerja.

TARIKH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka bermula 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

CARA MEMOHON

Bagi majikan dan pekerja yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan bermula 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020. Cara mengemukakan permohonan akan diberitahu dari semasa semasa.

Program Subsidi Upah antaranya daripada mereka yang tidak layak menerima program berkenaan kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum 1 April lalu. Bagi memastikan golongan terbabit tidak ketinggalan, katanya, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan PERKESO hingga 31 Ogos lalu.

Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga enam bulan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan pertanyaan anda di alamat [email protected] atau boleh menghubungi talian 03- 4264 5555 / 03- 8091 5100 / 1-300-22-8000.

Leave A Reply

Your email address will not be published.