Tips Menabung Padu 50/30/20 Menabung Bagi Graduan Yang Mula Bekerja

0 778

Bagi graduan yang baru memulakan kerjaya pasti anda perlu menguruskan wang dengan bijak kerana pasti banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk menyewa rumah atau bilik jika tinggal sendiri.

Tips ini mampu untuk membantu graduan yang baru mendapat pekerjaan untuk menguruskan kewangan peribadi mereka. Kebanyakan graduan yang baru memulakan kerjaya gagal untuk membuat simpanan dan ‘poket kering’ sebelum mendapat gaji pada bulan berikutnya.

GUNAKAN PERATURAN 50/30/20

Terdapat 3 pecahan bagi peraturan 50/30/20 ini:

  • 50% daripada pendapatan digunakan untuk keperluan tetap.
  • 30% daripada pendapatan untuk keperluan peribadi
  • 20% daripada pendapatan untuk simpanan.

tips padu menabung

50% UNTUK KEPERLUAN TETAP

Sapruh daripada pendapatan adalah untuk perbelanjaan yang digunakan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Perbelanjaan untuk keperluan tetap ini boleh digunakan untuk perkara-perkara seperti berikut:

  • Pengangkutan
  • Makanan
  • Tempat Tinggal
  • Bil Utiliti
  • Insurans

30% UNTUK KEPERLUAN PERIBADI

Kategori ini meperuntukkan 30 peratus daripada pendapatan untuk keperluan peribadi. Perbelanjaan peribadi bagi setiap orang adalah berbeza tetapi anda perlulah memastikan bahawa anda hanya menggunakan 30 peratus daripada pendapatan untuk kegunaan peribadi.

Antara perbelanjaan peribadi yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Membeli belah
  • Membayar Astro
  • Membeli pakaian baru
  • Membeli barangan kecantikan diri
  • Hiburan
  • Percutian

20% UNTUK SIMPANAN

Anda perlu menyimpan 20% daripada pendapatan anda untuk dijadikan simpanan anda. Simpanan ini boleh digunakan untuk situasi-situasi yang tidak dijangka seperti:

  • Simpanan
  • Kecemasan
  • Membayar hutang peribadi seperti hutang pendidikan dan hutang kereta

Sesiapa sahaja boleh menggunakan teknik ini sama ada berpendapatan rendah mahupun tinggi. Anda juga boleh menyesuaikan mengikut teknik anda dalam membuat tabungan. Pastikan anda sentiasa disiplin dalam menguruskan wang untuk mempunyai simpanan yang tinggi. Letakkan sasaran ataupun target dalam diri anda untuk lebih berdisiplin dalam membuat simpanan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.