Had Amaun Buat Pembayaran Menggunakan Duit Syiling di Malaysia

0 820

Terdapat beberapa perkara menarik yang boleh berlaku disebabkan kewujudan duit syilng yang berada di dalam aliran tunai. Sebagai contoh, peristiwa yang pernah berlaku di mana Syarikat Samsung telah membayar saman kepada Syarikat Apple bernilai USD 1 Billion dengan hanya menggunakan syiling 5 sen tanda protes. Perkara ini mungkin nampak lucu tetapi ianya telah menyusahkan banyak pihak yang tidak bersalah.

Namun adakah anda mengetahui bahawa di Malaysia perkara sebegitu tidak dibenarkan sama sekali kerana wujudnya akta yang melibatkan perkara seperti ini.

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang had amaun pembayaran dibenarkan di Malaysia.

HAD AMAUN PEMBAYARAN

Had amaun pembayaran adalah garis panduan yang melindungi amaun pertukaran yang melibatkan dua pihak berbeza dalam satu transaksi sama ada dengan menggunakan mod pembayaran wang kertas dan syiling dalam aliran tunai di negara kita.

BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Untuk makluman anda, BNM telah beberapa peruntukan penting Akta Mata Wang 2020 termasuk had transaksi tunai yang boleh ditetapkan untuk melarang transaksi dalam jumlah besar manakala had sah laku bagi duit syiling ditetapkan pada 25 keping sahaja di Malaysia.

Penerima boleh menolak pembayaran yang menggunakan duit syiling melebihi 25 keping. Tiada sesiapa pun dibenarkan untuk melebur duit syiling dengan niat untuk mendapatkan keuntungan.

AKTA MATA WANG 2020

Had Amaun Buat Pembayaran Menggunakan Duit Syiling di Malaysia

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda ketika melakukan transaksi yang menggunakan wang syiling dan wang kertas.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.