Adakah Anda Mengetahui Punca-Punca Calon Gagal Temuduga Kerja?

0 679

Peluang untuk dipilih menghadiri temuduga sepatutnya tidak disia-siakan oleh calon temuduga. Kebanyakkan calon yang gagal setelah ditemuduga pasti akan sangat kecewa. Calon yang dipanggil untuk ditemuduga pasti memyimpan harapan yang tinggi. Tetapi disebabkan perkara tertentu menyebabkan calon telah gagal  mendapatkan pekerjaaan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui punca-punca calon gagal dalam temuduga.

PUNCA-PUNCA ANDA GAGAL TEMUDUGA

Berikut merupakan punca-punca calon gagal temuduga yang dihadiri:

1. Mempamerkan Imej Yang Kurang Profesional

Imej yang anda tonjolkan di dalam resume dan temuduga berbeza. Penampilan anda ketika menghadiri temuduga merupakan perkara yangg sangat penting. Imej anda perkara pertama yang dilihat oleh penemuduga. Sekiranya anda hadir temuduga dengan keadaan yang tidak terurus dan kusut, panel penemuduga pasti akan menolak permohonan anda. Berpakaian secara profesional tidak semestinya anda perlu menghabiskan duit tetapi calon hanya perlu berpakaian kemas dan bersih.

2. Bersikap Terlalu Yakin (Overconfident)

Untuk menunjukkan keyakinan anda semasa temuduga dijalankan tidak salah, tetapi janganlah terlalu yakin dengan diri anda sehingga menyebabkan penemuduga berasa rimas dan tidak sukakan diri anda. Sebagai contoh anda merasakan diri anda tidak mempunyai kelemahan dan anda teruskan bercakap sehingga tidak memberi peluang kepada panel untuk bertanya.

3. Memberikan Maklumat Yang Tidak Benar

Memberi maklumat palsu boleh menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-undang. Situasi mungkin menyebabkan nama anda disenarai hitam oleh badan kerajaan mahupan syarikat yang anda mohon pekerjaan. Anda mungkin mempunyai rekod yang tidak baik sekiranya anda memalsukan resume dan maklumat yang anda hantar.

4. Tidak Sistematik

Untuk menghadiri temuduga, terdapat cara susunan dokumen yang betul perlu anda lakukan untuk diberi kepada diberi kepada panel penemuduga. Anda perlu menyusun sijil-sijil pencapaian dan resume anda mengikut turutan. Pastikan anda tidak lupa untuk membawa dokumen dan sijil tersebut semasa menghadiri temuduga. Sekiranya anda ingin menyusun dokumen ketika sampai di tempat kerja, anda mungkin berhadapan dengan masalah dan menunjukkan anda seorang yang tidak sistematik dan tidak bersedia menghadiri temuduga.

5. Penggunaan Bahasa Badan Yang Melampau

Panel penemuga telah pun dilatih  untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat mengetahui sama ada calon meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan dan isyarat mata (eye contact). Sesi temuduga yang dijalankan adalah secara profesional oleh itu calon yang hadir ke temuduga perlulah bersikap profesional. Bahasa badan yang berlebihan tidak akan membuat penemuduga memberikan jawatan yang ditawarkan kepada anda tetapi mungkin akan menggagalkan anda daripada jawatan yang dipohon.

6. Menimbulkan Isu Sensitif

Calon dinasihatkan tidak menimbulkan isu sensitif semasa temuduga dijalankan. Antara isu sensitif yang dikemukakan adalah seperti isu agama, kaum dan dan politik. Isu seperti ini amatlah tidak sesuai dijadikan perbincangan semasa sesi temuduga dijalankan. Perbincangan isu seperti ini boleh menggagalkan anda mendapatkan pekerjaan.

7. Memburukkan Bekas Majikan

Anda dinasihatkan untuk tidak memburukkan bekas majikan anda di hadapan panel penemuduga. Sikap ini menunjukkan anda mempunyai anda seorang yang tidak matang dan tidak profesional dalam kerjaya anda. Seorang majikan pasti tidak mahu pekerja yang suka “membawa mulut” mengenai bekas majikan. Perkara ini akan menjejaskan imej anda semasa temuduga dijalankan.

Perkara-perkara di atas adalah antara punca anda gagal temuduga yang telah dijalankan. Bagi calon yang akan menghadiri temuduga anda dinasihatkan untuk melakukan perkara di atas supaya anda mendapat pekerjaan yang telah ditawarkan.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.