Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021, Ini Cara Bayar Melalui ATM Maybank

5,280

Kecoh bayaran saman trafik diberikan diskaun sebanyak 80% sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sehingga portal rasmi MyBayar Saman mengalami masalah teknikal!

Oleh kerana menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, pihak PDRM telah melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember 2021 ini.

Kalau portal rasmi MyBayar Saman mengalami masalah teknikal lagi, macam mana nak bayar sama yang sedia ada?

TEMPOH LANJUTAN BAYARAN SAMAN TRAFIK

Untuk pengetahuan anda semua, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga:

  • 31 Disember 2021

Pelanjutan tempoh diskaun pembayaran saman trafik ini adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.

Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021, Ini Cara Bayar Melalui ATM Maybank

KAEDAH PEMBAYARAN SAMAN

Orang ramai boleh melunaskan pembayaran saman masing-masing melalui kaedah berikut:

  • Hadir ke balai trafik berdekatan
  • Melalui Portal dan Aplikasi MyBayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • Melalui mesin ATM Maybank

Bagaimana pula nak buat pembayaran saman melalui mesin ATM Maybank pula?

CARA BAYAR SAMAN MELALUI MESIN ATM MAYBANK

Nak setelkan saman, tapi portal rasmi MyBayar Saman ada masalah dan balai trafik terlalu ramai orang!

Anda semua boleh setelkan saman melalui mesin ATM Maybank seperti berikut:

  • Pergi ke Maybank yang berdekatan.
  • Masukkan kad bank dan pada menu utama, klik PAYBILL

Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021, Ini Cara Bayar Melalui ATM Maybank

  • Kemudian klik PEMBAYARAN SAMAN PDRM

  • Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Klik YA untuk semakan.

  • Kemudian, pilih saman yang anda nak bayar dan lunaskan.
  • Baca dengan teliti untuk membuat pembayaran saman.
  • Klik YA.

  • Seterusnya buat pembayaran saman anda.
  • Jika anda ingin membuat pembayaran saman yang lain, klik YA. Jika tidak, klik TIDAK.
  • Pembayaran saman perlu dibuat satu persatu ya!

  • Cetak resit pembayaran dan simpan untuk rujukan.

  • Pembayaran saman PDRM anda telah selesai.

Tiada masalah lagi kan nak setelkan saman PDRM anda selepas ini? Kalau dah tahu caranya, lebih baik share dengan rakan-rakan yang lain agar mereka pun boleh setelkan saman yang ada.

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.