Cara Nak Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

816

Kalau ramai yang bimbang dengan penularan Covid-19, sama juga dengan orang lain! Walaupun semua urusan dah boleh buat secara bersemuka, namun ramai lagi yang lebih selesa membuat pelbagai urusan secara online.

Begitu juga dengan urusan transfer wang dari akaun bank ke akaun ASB masing-masing.

Selepas ini tak perlu lagi ke ATM bank, keluarkan duit dan buat simpanan ke ASB. Dah boleh transfer secara online dan tak sampai pun 5 minit. Siap!

TRANSFER DUIT DARI ASB KE AKAUN BANK SECARA ONLINE

Sebelum ini, orang ramai boleh membuat urusan pengeluaran wang dari akaun ASB secara online sahaja. Jadi, tak perlu ke kaunter juga seperti biasa.

Namun, ASB telah menetapkan bahawa transaksi yang berjaya akan dikreditkan wang ke akaun bank penerima pada keesokan hari bekerja.

Selain itu, pengeluaran dari ASB secara online juga telah dinaikkan jumlahnya dari RM500 sebelum ini ke RM1,000 maksimum.

Dan yang terkini, anda juga boleh terus transfer wang anda dari akaun bank terus ke akaun ASB juga secara online. Nak tahu caranya? Semak di sini ya!

CARA TRANSFER WANG DARI AKAUN BANK KE AKAUN ASB ONLINE

Sebelum nak transfer duit anda dari akaun bank secara online, pastikan anda buka akaun dahulu tak kiralah untuk anda atau untuk anak anda.

Seterusnya, apa yang anda perlu lakukan ialah:

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Buka aplikasi myASNB dan masukkan password. Kemudian klik pada bahagian Lihat Semua seperti gambar dibawah.
  • Boleh buat pilihan untuk transfer ke akaun anak anda yang mana.

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Klik Tambah Pelaburan untuk transfer duit ke akaun ASB anak anda.

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Masukkan jumlah wang yang anda nak transfer. Maksimum Tambah Pelaburan adalah sebanyak RM100.
  • Pilih Kaedah Pembayaran iaitu Perbankan Dalam Talian FPX.
  • Tandakan √ dan klik Seterusnya.

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Buat pilihan bank anda.

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Klik Sahkan setelah anda masukkan jumlah wang yang betul.
  • Batal sekiranya anda ingin membuat pembetulan jumlah wang yang anda nak transfer.

7 Cara Transfer Duit Ke ASB Secara Online. Tak Sampai Pun 5 Minit!

  • Dah siap!

Mudah je kan? Dah tak ada lagi dah alasan tak boleh simpan duit ke akaun ASB selepas ini. Memang semuanya dihujung jari je!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.