E-Baucar Sehingga RM400,000 Kunjungi Taman Tema. Macam Mana Nak Dapatkannya?

896

Sekarang ni dah masuk musim bercuti kan? Mesti ramai ibu bapa yang ingin membawa anak-anak melawat tempat yang menarik kan?

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mempelawa orang ramai untuk mendapatkan e-baucar sehingga RM400,000 untuk kunjungi Taman Tema melalui Kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’.

Macam mana nak dapatkan e-baucar ni? Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara-cara untuk mendapatkan e-Baucar yang ditawarkan ini.

TUJUAN E-BAUCAR KUNJUNGI TAMAN TEMA

Mengikut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, e-Baucar atau Kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’ diperkenalkan dengan tujuan:

  • Merancakkan sektor pelancongan dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

TARIKH TEBUS E-BAUCAR

Orang ramai boleh membuat tebusan e-baucar bernilai RM10 bermula:

  • 30 Oktober 2021 hingga 10 Disember 2021

Malah, orang ramai juga akan menikmati diskaun tiket masuk sehingga 50% dilebih 25 taman tema dan pusat hiburan keluarga.

Selain itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meminta semua operator taman tema yang terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

CARA TEBUS E-BAUCAR

Penebusan e-Baucar adalah secara online di laman rasmi MATFA iaitu:

E-Baucar Sehingga RM400,000 Kunjungi Taman Tema. Macam Mana Nak Dapatkannya?

SENARAI TAMAN TEMA

Antara senarai taman tema yang terlibat ialah:

  1. Sunway Lagoon
  2. Adventure Waterpark Desaru Coast
  3. Legoland Malaysia Resort
  4. Lost World of Tambun
  5. The Top Penang
  6. Wet World
  7. A’famosa Water Theme Park
  8. Bangi Wonderland
  9. Bayou Lagoon Park Resort
  10. Discovery Park Gamuda Cove
  11. i-City Theme Park
  12. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
  13. Jungle Gym
  14. Ripley’s Adventureland Genting Highlands
  15. Starship Galactica
  16. Amverton Cove Gold & Island Resort
  17. Aquaira KLCC
  18. Escape
  19. KL Bird Park
  20. VAR Live
  21. Dungun Escapade Resort

E-Baucar Sehingga RM400,000 Kunjungi Taman Tema. Macam Mana Nak Dapatkannya?

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai taman tema yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen ‘Rediscover Fun A-Theme Park Family Affair’, anda boleh terus layari laman web berikut:

E-Baucar Sehingga RM400,000 Kunjungi Taman Tema. Macam Mana Nak Dapatkannya?

Claim cepat tau kerana baucar ini perlu didapati dengan kaedah siapa cepat, dia dapat tau!

Sebelum ke mana-mana tu, anda semua juga dinasihatkan untuk membuat ujian kendiri Covid-19 ya! Malah boleh dapatkan kit ujian kendiri Covid-19 semurah RM6.60 di mana-mana kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Tak percaya? Rujuk pautan dibawah.

Rujuk: Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di 99 Speedmart & KK Mart, RM6.90 Je!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.