Cara Sertai Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM. Banyak Peluang Kerja Untuk Wanita!

8,396

Nak tahu tak? Terdapat banyak peluang pekerjaan untuk kaum wanita menerusi Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM ya!

Malah, Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM ini juga telah dilaksanakan mulai 1 September 2021 yang lalu dan telah membantu ramai kaum wanita mendapat kerja seterusnya menjana pendapatan masing-masing.

Nak ikuti program ini? Semak cara penyertaan disini seterusnya ikuti program ini agar anda semua mendapat pekerjaan serta ikuti latihan dan peluang keusahawan yang dianjurkan.

INFO RINGKAS INISIATIF WANITA BANGKIT@KPWKM

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan tujuan:

  • Membantu golongan wanita khususnya mereka yang hilang pekerjaan semasa pandemik Covid-19.
  • Membantu golongan wanita menjana pendapatan melalui pengukuhan sistem sokongan dalam bidang ekonomi dan hubungkan wanita dengan peluang pekerjaan serta peluang perniagaan juga keusahawanan.

Baca juga: 130,000 Remaja Wanita Bakal Terima Kit Asas Kebersihan Diri Percuma Setiap Bulan

RAKAN STRATEGIK INISIATIF WANITA BANGKIT@KPWKM

Terdapat 15 rakan strategik yang terlibat untuk menjayakan Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM iaitu:

  1. Syukor Dagang Sdn. Bhd
  2. RichWorks International Sdn. Bhd
  3. HEYHO Sdn. Bhd
  4. DSAB Holdings Sdn. Bhd
  5. UniKL Resources Sdn. Bhd
  6. Leong Hup International Berhad
  7. MITVANA Asia
  8. MamaCare
  9. MyKasih Capital
  10. TalentCorp. Malaysia
  11. PERKESO
  12. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
  13. INSKEN
  14. Perbadanan Nasional Berhad (PNB)
  15. TEKUN Nasional

Bukan calang-calang juga rakan strategik yang menjayakan inisiatif ini ya!

CARA-CARA PENYERTAAN

Berminat untuk sertai Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM pada masa yang akan datang?

Jika ya, ikuti cara-cara untuk menyertai Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM disini

Cara Sertai Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM. Banyak Peluang Kerja Untuk Wanita!

  • Klik pada salah satu logo yang tertera dan dapatkan maklumat penyertaan disana.

Cara Sertai Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM. Banyak Peluang Kerja Untuk Wanita!

  • Jika berminat, isi maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.
  • Untuk proses selanjutnya, rakan strategik akan menghubungi anda setelah membuat semakan permohonan.

Baca juga: 53 Bantuan Perniagaan Menerusi Bajet 2022 Yang Beri Manfaat Untuk Usahawan & Peniaga Kecil

MAKLUMAT LANJUT

Nak tahu maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif WANITA BANGKIT@KPWKM? Dapatkan info selanjutnya di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.