KPM Keluarkan Jadual Baharu Peperiksaan Bertulis SPM 2021, Klik Sini Untuk Download & Rujukan Anda

523

Berikutan rungutan orang ramai mengenai masa yang tidak sesuai untuk pelajar menjalani Peperiksaan SPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual baharu bagi peperiksaan bertulis SPM 2021.

Pelajar yang terlibat dalam Peperiksaan SPM 2021 boleh memuat turun jadual bahari peperiksaan bertulis SPM 2021 disini untuk dijadikan rujukan.

Diharap tiada lagu rungutan daripada orang ramai mengenai jadual peperiksaan baharu SPM 2021 selepas ini dan semoga segala proses SPM 2021 berjalan dengan lancar.

TARIKH PEPERIKSAAN SPM 2021

Berikutan jadual baharu bagi peperiksaan bertulis SPM 2021 telah dikeluarkan  oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (SPM), Peperiksaan SPM 2021 akan bermula pada:

  • 2 sehingga 29 Mac 2022

Peperiksaan pada Rabu 2 Mac 2022 akan bermula seawal pukul 8 pagi melibatkan subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual- Teori Seni.

PEMAKLUMAN JADUAL BAHARU

Menurut Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan SPM 2021 itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah:

  • Memaklumkan kepada pihak sekolah untuk memuat turun jadual baharu tersebut dari portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.
  • JPN juga perlu mencetak dan mengedarkan jadual baharu itu kepada semua calon persendirian manakala Pengetua Sekolah perlu mengedarkan jadual berkenaan kepada semua calon terlibat

Turut dimuat naik adalah jadual masa tambahan bagi calon yang berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan (buta dan rabun), kurang upaya pelbagai dan kurang upaya fizikal.

Rujuk:  Jadual Lengkap Tarikh SPM, STAM, UPBA Sesi 2021/2022. Klik & Download Untuk Rujukan

JADUAL BAHARU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2021

Para pelajar dan guru digalakkan untuk memuat turun jadual baharu Peperiksaan Bertulis SPM 2021 dipautan berikut:

KPM Keluarkan Jadual Baharu Peperiksaan Bertulis SPM 2021, Klik Sini Untuk Download & Rujukan Anda

KPM Keluarkan Jadual Baharu Peperiksaan Bertulis SPM 2021, Klik Sini Untuk Download & Rujukan Anda

Untuk dapatkan jadual peperiksaan bertulis SPM 2021 yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan yang dikongsikan di atas dan download sahaja jadual tersebut.

Selain itu, jadual untuk peperiksaan yang lain-lain tiada perubahan dan anda boleh klik http://lp.moe.gov.my/index.php/67-makluman-umum untuk maklumat yang selanjutnya.

Hebahkan dan share dengan rakan-rakan yang lain ya!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.