Panduan Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH Sehingga RM1,000

0 851

Berita gembira buat waris penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) mengikuti kategori isi rumah dan warga emas. Waris bagi penerima BSH boleh menuntut wang Skim Khairat Kematian (SKK) yang berjumlah RM1,000 di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan kawasan anda.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tuntutan Skim Khairat Kematian yang boleh dilakukan oleh waris penerima BSH.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BSH 2020

Individu yang layak boleh mengemukakan tuntutan berjumlah RM1,000. Waris penerima BSH yang meninggal dunia dari dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020 boleh mengemukakan tuntutan di Bank Simpanan Nasional.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan Skim Khairat Kematian (SKK):

Panduan Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH Sehingga RM1,000

HUBUNGAN WARIS

Berikut adalah waris yang layak membuat tuntutan untuk penerima BSH yang meninggal dunia:

  • Pasangan
  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
  • Adik-Beradik
  • Cucu

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tuntutan SKK:

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftran Negara (JPN).
  • Kad Pengenalan Asal Waris.
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan waris.

Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK), anda boleh terus ke cawangan LHDNM yang berdekatan dengan kawasan anda atau menghubungi talian BSH LHDNM di talian 1 800 88 2747. Anda juga boleh emelkan pertanyaan anda ke [email protected].

Leave A Reply

Your email address will not be published.