Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

1,009

Sila alert ya bakal pengantin semua! Buat temujanji dahulu untuk hadir Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan ya.

Anda hanya perlu membuat temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan melalui aplikasi MySejahtera  sahaja dan tak perlu buat melalui laman web yang lain.

Macam mana ya nak buat temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan melalui aplikasi MySejahtera?

CARA BUAT TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV PRA PERKAHWINAN MELALUI MYSEJAHTERA

Bakal pengantin boleh membuat temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan melalui aplikasi MySejahtera seperti langkah-langkah berikut:

  • Buka apps MySejahtera terlebih dahulu
  • Kemudian klik More
  • Seterusnya klik Digital Healthcare selepas itu anda klik Clinic Appointment Booking

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  • Pilih untuk guna Qmed, Encoremed

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  • BookDoc atau Sistem Temu Janji Klinik KKM.
  • Klik Pre Martial HIV Screening.
  • Pilih tarikh dan klik Next Step.

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

  • Klik Save setelah masukkan semua details. Confirmkan setelah membuat semakan.
  • Tunggu SMS atau emel daripada klinik kesihatan.
  • Hadir mengikut tarikh yang ditetapkan untuk Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Rujukan:

  • BookDoc: Perlis, Perak, Penang, Melaka, Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
  • Qmed: Selangor, Johor, Sabah, N9, Kelantan , Terengganu , Kedah dan Wilayah Persekutuan
  • EncoreMed: Untuk di Kawasan KL sahaja iaitu: Klinik Kesihatan Batu Muda, Klinik Kesihatan Jinjang, Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Klinik Kesihatan Sentul dan  Klinik Kesihatan Tanglin.

Untuk lebih faham, anda boleh rujuk video dibawah:

Baca juga: Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

PROSEDUR UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN

Anda boleh rujuk prosedur Ujian HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan Kerajaan seperti berikut:

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Senang kan? Jadi selepas ini bakal pengantin boleh buat temujanji melalui MySejahtera sahaja untuk Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Baca juga: Nak Tukar Nombor Telefon Di MySejahtera? Tak Payah Delete Akaun!

SUMBER: Rosie Melalui Twitter

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.