4 Cara Share Wifi Tanpa Perlu Beritahu Password. Paling Mudah & Senang

884

Apa nak buat kalau ada saudara mara anda yang datang rumah kemudian minta password untuk menggunakan Wifi anda?

Bukan tak nak berikan password, tapi kadang-kadang tu terlupa password Wifi walaupun itu wifi sendiri.

Tapi selepas ini tak ada masalah lupa password lagi kerana anda boleh gunakan Kod QR kalau saudara mara nak gunakan Wifi anda nanti.

2 CARA LAJUKAN INTERNET

Terdapat 2 cara untuk lajukan internet anda iaitu:

  • Tukarkan rangkaian internet anda pada rangkaian yang tidak sesak atau tidak ramai orang gunakan.
  • Optimumkan wifi anda dengan aplikasi terkini yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple Apps.

Jadi, selepas ini tak ada lagi masalah internet jem atau slow ketika anda download gambar dan sebagainya.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

4 CARA SHARE WIFI TANPA PERLU BERITAHU PASSWORD

Kalau anda asyik terlupa password Wifi atau memang tak nak share dengan sebarang orang kerana takut terdedah dengan hacker, anda boleh gunakan 4 cara untuk share Wifi anda tanpa perlu beritahu password.

4 cara untuk share wifi tanpa perlu beritahu password adalah seperti berikut:

  • Buka handphone anda dan pergi ke bahagian Setting
  • Seterusnya anda pilih pada bahagian Wifi
  • Klik ikon info pada Wifi yang anda gunakan.
  • Klik Wifi Kod QR supaya kod tersebut dapat dipaparkan.

Akhir sekali minta mereka scan sahaja Kod QR dari telefon anda dan klik Join untuk menggunakan Wifi anda.

Dah siap!

Nota: Ia lebih sesuai digunakan oleh anda yang menggunakan handphone jenis Android.

Untuk lebih faham, anda boleh sahaja rujuk kepada video yang dikongsikan ini. Mudah, senang dan jimatkan masa.

@bossadrian_derisogadgetSenang, dia pun tak tahu password ##tiktokmalaysia ##foryoupage ##gadgetstouse ##gadgetlover ##tiktokguru ##learnontiktok ##jombelajar ##smartphonetricks ##androidhacks♬ MONEY – 리사 (LISA)

Tak perlu ingat-ingat lagi passsword ya! Malah, password anda pun tak terdedah dengan hacker lagi dah selepas ini.

Pastinya info ini sangat berguna buat anda semua. Share dengan rakan-rakan yang lain biar yang lain pun tahu ya!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.