Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, Laporkan Kenaikan Harga Barang Melampau Disini & Ini Cara Buat Laporan

987

Macam-macam barang naik dan ada harga barang naik melampau-lampau? Macam mana nak buat aduan ya?

Seperti baru-baru ini, telah dilaporkan bahawa harga sayur, harga ayam serta harga roti Gardenia telah naik dan ada harga barang yang telah naik sehingga 200%.

Tetapi kalau harga naik melampau-lampau, gunakan Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP je untuk buat laporan.

FUNGSI PORTAL e-ADUAN 2.0

Fungsi Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP ialah:

  • Menyalurkan aduan dan laporan kepenggunaan.
  • Menyalurkan pertanyaan dan cadangan mengenai kepenggunaan.
  • Membuat semakan status terhadap aduan pengguna.
  • Menjadi rujukan sejarah aduan (history) yang telah dibuat dan tindakan yang telah diambil.

Anda boleh membuat aduan di Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP seperti berikut:

  • Harga
  • Transaksi Atas Talian
  • Perkhidmatan Mengelirukan
  • Bengkel Kenderaan Bermotor
  • Iklan Mengelirukan
  • Perihal Perdagangan Palsu
  • Sewa Beli Kenderaan
  • Barang Kawalan
  • Barang Tiruan
  • Jualan Murah
  • Jualan Langsung
  • Timbang dan Sukat
  • Jualan Kredit
  • Perihal Halal
  • Ejen Pemilikan Semula
  • Badan Perlesenan (Royalti)
  • Cetak Rompak
  • Gores dan Menang
  • Skim Piramid
  • Perlesenan Petroleum
  • Perlesenan Perdagangan Pengedaran
  • Perlesenan Jualan Langsung
  • Peraturan Standard Keselamatan (MC/MS)
  • Label Cakera Optik
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
  • Barang-barang Yang Diperbuat Daripada Mana-mana Bahagian Anjing/Babi

CARA BUAT ADUAN MELALUI PORTAL e-ADUAN 2.0 KPDNHEP

Nak buat aduan harga barang naik dan tidak munasabah? Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, Laporkan Kenaikan Harga Melampau Disini & Ini Cara Buat Laporan

  • Klik Aduan Kepenggunaan dan klik Daftar Baru
  • Pada bahagian Pendaftaran Baru, isikan maklumat yang diperlukan
  • Scroll pada bahagian Daftar yang terletak pada bahagian bawah
  • Log masuk semula dan buat Aduan Baru, Semak Aduan  atau Semak Status Pertanyaan.

8 SALURAN ADUAN KPDNHEP

Selain daripada membuat laporan melalui Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, anda juga boleh menggunakan 8 saluran aduan yang lain di:

Portal e-Aduan 2.0 KPDNHEP, Laporkan Kenaikan Harga Melampau Disini & Ini Cara Buat Laporan

Baca juga: Senarai Nombor Telefon KPDNHEP Setiap Negeri Untuk Aduan Untuk Aktiviti Perniagaan Tak Beretika

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai aduan harga barang naik melampau dan tidak munasabah, sila dapatkan disaluran berikut:

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.