Nak Mohon Perkhidmatan Patching Sijil SPM? Ikuti Langkah-Langkah Ini Sahaja!

3,052

Ada 2 sijil SPM ke tu? Macam mana kalau nak patching sijil SPM untuk menggabungkan keputusan yang terbaik dan jadikan ia sebagai satu sijil SPM yang baharu?

Lembaga Peperiksaan ada menyediakan perkhidmatan patching Sijil SPM dan ia merupakan satu perkhidmatan yang terkini disediakan kepada anda.

Kalau anda ingin patching Sijil SPM anda, boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS PERKHIDMATAN PATCHING SIJIL SPM LEMBAGA PEPERIKSAAN

Perkhidmatan patching Sijil SPM merupakan satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan bagi menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil SPM baharu.

Situasi patching atau gabungan sijil SPM adalah seperti berikut:

  • Pelajar menduduki peperiksaan SPM pertama pada tahun 2020 tetapi tidak layak menerima sijil.
  • Kemudian pada tahun 2021 pula pelajar tersebut membuat ulangan peperiksaan dan layak menerima sijil SPM 2021.
  • Oleh itu, pelajar ini boleh membuat permohonan perkhidmatan patching yang disediakan Lembaga Peperiksaan.
  • Jadi, pelajar ini akan menerima gabungan semua keputusan terbaik 12 mata pelajaran dan tahun keputusan tersebut diperolehi dalam satu sijil SPM yang baharu.

Nak Mohon Perkhidmatan Patching Sijil SPM? Ikuti Langkah-Langkah Ini Sahaja!

Baca juga: Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk menggunakan perkhidmatan patching Lembaga Peperiksaan ialah:

  • Hanya calon yang telah memperoleh sijil SPM sahaja layak untuk memohon perkhidmatan patching.
  • Permohonan hanya terhad kepada 12 mata pelajaran sahaja.

Pelajar juga akan dikenakan bayaran sebanyak:

  • RM100 bagi setiap permohonan
* Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama Akauntan Negara Malaysia atau pembayaran secara tunai di kaunter LP sahaja. Cek persendirian tidak diterima.

CARA-CARA MOHON

Jika anda ingin membuat permohonan perkhidmatan patching Sijil SPM, siila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Kemudian anda perlu sediakan bersama salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM ynag telah disahkan.
  • Juga sediakan bersama 2 sampul beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm dengan setem RM1.30 pada setiap sampul.
  • Digalakkan menggunakan sampul Pos Ekspress/Pos Laju dan lain-lain Kurier sangat digalakkan.
  • Sertakan bersama salinan kad pengenalan dan alamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN, LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 10, BLOK E11,
KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: UNIT KECIL SIJIL)

Bagi anda yang hadir sendiri ke kaunter, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Bawa bersama dokumen pengenalan diri.
  • Lantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dengan membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan (tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan) jika tidak dapat hadir.

KELEBIHAN PERKHIDMATAN PATCHING SIJIL SPM

Terdapat 2 perkhidmatan patching Sijil SPM iaitu:

  • Memberi peluang pelajar memperoleh sijil yang menggabungkan beberapa keputusan terbaik ke dalam satu sijil peperiksaan SPM sahaja.
  • Meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Baca juga: Cara Mohon & Daftar e-Start RM150 Kredit Melalui e-Dompet Belia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan perkhidmatan patching Sijil SPM di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.