4 Fasa Tarikh Bayaran BKM. Bayaran Fasa 1 Bermula Mac 2022

1,837

Bila pula agaknya tarikh bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia seperti yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan semasa Bajet 2022 yang lalu?

Mengikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) para penerima BKM akan menerima bayaran secara 4 fasa.

Fasa 1 bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan bermula pada Mac 2022 nanti.

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah:

  • Bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
  • Juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

TARIKH BAYARAN

Mengikut Menteri Kewangan, Fasa 1 pembayaran BKM dijangka bermula pada:

  • Mac 2022

Pembayaran BKM akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun .

TEMPOH PENDAFTARAN BKM

Pendaftaran permohonan baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai:

  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

Ini adalah untuk memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.

Rujuk: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500

PENERIMA GKP TIDAK LULUS JUGA LAYAK MEMOHON BKM

Selain itu,

  • Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
  • Penerima GKP yang layak akan turut menerima bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta rakyat.
  • Data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain seperti e-Kasih, bantuan JKM, dan penghuni Perumahan Awam serta Projek Perumahan Rakyat, juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.⠀

INFOGRAFIK BKM

4 Fasa Tarikh Bayaran BKM. Bayaran Fasa 1 Bermula Hujung Februari/Mac 2022

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.