5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

Ramai calon temuduga tidak menyedari akan helah yang dilakukan oleh penemuduga untuk menguji ketahanan calon. Calon yang gagal dalam ujian pasti tidak akan mendapat pekerjaan yang diiginkan.

Untuk makluman anda , semua helah ini sengaja dilakukan dan diciptakan oleh penemuduga kepada calon. Setiap calon yang menghadiri temuduga pasti sudah mempersiapkan diri mereka. Oleh itu, penemuduga akan sukar untuk mengetahui sikap sebenar calon.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui helah yang dilakukan oleh penemuduga untuk menggagalkan calon dalam ujian piskologi ini.

5 PERKARA YANG SENGAJA DILAKUKAN OLEH MAJIKAN

1. Membuatkan Anda Tertunggu-tunggu

Sebagai contoh, temuduga anda dijadualkan pada jam 9 pagi, tetapi anda telah hadir 15 minit lebih awal. Apabila tiba waktu yang dijadualkan, anda masih diminta untuk menunggu bakal majikan anda. Selepas 45 minit menunggu, anda masih tidak dipanggil masuk ke bilik temuduga. Perkara ini mungkin sengaja dilakukan oleh bakal majikan anda untuk menguji kestabilan emosi dan kesabaran anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan menunggu dengan sabar sehingga anda dipanggil oleh majikan anda.

5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

2. Mempelawa Kopi Kepada Anda

Taktik ini digunakan untuk melihat bagaimana anda akan menerima tawaran tersebut. Selepas selesai temuduga, bakal majikan ingin melihat bagaimana anda menguruskan cawan kopi anda.  Anda pasti akan bertanya  orang disekeiling anda di mana patut anda meletakkan, meninggalkan di atas meja atau terus membasuh cawan anda. Anda seharusnya terus membasuh cawan kopi sendiri kerana majikan ingin menguji adab anda ketika hadir temuduga.

5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

3. Menengking Anda Tanpa Sebab

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda menunggu giliran untuk ditemuduga, secara tiba-tiba bakal majikan anda datang dan menengking anda dan calon lain lain tanpa sebab yang munasabah. Perkara ini untuk menguji keupayaan anda untuk bekerja bawah tekanan. Anda perlulah kekal tenang dan tidak membalas semula apa yang dilakukan oleh bakal majikan anda. Sebaiknya cuba kawal emosi anda dan cuba berikan yang terbaik semasa temuduga dijalankan.

5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

4. Penemuduga Tidak Mempedulikan Anda

Bakal majikan mungkin tidak akan mempedulikan anda secara tiba-tiba. Contohnya bakal majikan hanya memandang skrin telefon bimbit atau komputer riba ataupun menjawab panggilan telefon dalam jangka masa yang agak lama. Perkara ini adalah untuk menguji anda bagaimana anda menguruskan situasi tersebut dan cuba menarik perhatian penemuduga dengan bertanya sendiri kepada panel penemuduga. Anda boleh menggunakan apa sahaja cara untuk menangani situasi tersebut.

5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

5. Menjatuhkan Sesuatu

Bakal majikan anda dengan sengaja menjatuhkan sesuatu ke atas lantai seperti pen, pencil dan buku. Perkara ini untuk melihat sikap anda sama ada anda akan membiarkan bakal majikan anda mengutipnya atau anda yang cuba memberi pertolongan. Sudah pasti anda yang perlu menolong bakal majikan. Situasi ini mungkin membuka jalan untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.

5 Perkara Majikan Sengaja Buat Untuk Uji Anda Semasa Interview Berlangsung

Terdapat beberapa lagi perkara yang diuji oleh bakal majikan yang anda perlu ‘alert’ semasa sesi temuduga dijalankan. Pastikan anda sentiasa  mengawal emosi, perasaan dan tingkah laku anda semasa menghadiri sesi temuduga yang akan dijalankan.

Selamat Maju Jaya!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.