Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerja Kerajaan & Swasta

0 698

Semakin anda dekat dengan hari temuduga semakin anda berasa gemuruh. Persediaan untuk menghadapi temuduga perlulah ditingkatkan agar anda tidak menghadapi sebarang masalah pada hari temuduga anda. Untuk bekerja di sektor awam mahupun sektor swasta anda perlulah melalui proses temuduga sebelum mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan.

Oleh itu, dikongsikan contoh soalan lazim yang wajib ditanya semasa sesi temuduga sama ada awam ataupun swasta.

CONTOH SOALAN LAZIM TEMUDUGA KERAJAAN & SWASTA

Antara contoh soalan lazim semasa temuduga kerajaan dan swasta adalah seperti berikut:

1. Ceritakan Mengenai Diri Anda

Untuk soalan ini anda boleh menceritakan serba sedikit mengenai diri anda. Soalan ini biasanya menjadi soalan pertama yang ditanya oleh bakal majikan. Anda hendak memberi jawapan secara ringkas dan padat dengan menekan mengenai pencapaian, keunikan dan bakat istimewa dalam diri anda. Ini akan memberi kelebihan kepada bahawa anda layak dan sesuai terhadap jawatan yang dipohon. Anda perlu mengelakkan daripada mengulang semula maklumat anda seperti yang telah tertera di resume. Ceritakan sesuatu yang tidak anda masukkan ke dalam resume anda.

2. Apakah Kekurangan Diri Anda?

Setiap orang pasti mempunyai kelemahan diri. Untuk soalan ini anda boleh memberitahu kelemahan diri tetapi jangan terlalu ketara. Pada masa yang sama anda perlu memberitahu bagaimana cara anda mengatasi kelemahan tersebut.  Anda boleh memberikan contoh kelemahan anda dan tukarnya kelamahan tersebut menjadi sesuatu yang positif.

Untuk mengetahui jawapan yang sesuai untuk soalan ini anda boleh KE SINI.

3. Kenapa Anda Berminat Dengan Jawatan Ini?

Sekiranya anda menghadiri temuduga di syarikat besar, elakkan memberitahu anda berminat dengan jawatan ini gaji yang dijanjikan adalah besar. Jawapan ini akan menyebabkan anda kehilangan jawatan yang anda pohon kerana bakal majikan akan memandang serong terhadap anda. Anda boleh memberitahu bahawa anda berminat dengan jawatan ini kerana skop kerja dan kriteria yang ditetapkan mampu dipenuhi oleh anda. Anda juga mempunyai pengalaman menjawat jawatan tersebut.

Contoh Soalan Lazim Temuduga Kerja Kerajaan & Swasta

4. Apakah Kelebihan Diri Anda?

Untuk soalan ini, pastikan anda tidak ‘overconfident’ untuk menjawab soalan ini. Sifat anda yang melampau akan membuatkan penemuduga berasa tidak senang dengan jawapan anda. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman semasa anda berkerja ditempat lain sebelum ini dan cuba kaitkan dengan jawatan yang anda pohon sekarang.

5. Pada Pendapat Anda, Kenapa Kami Patut Mengambil Anda Bekerja?

Soalan ini ditanyakan untuk menguji kesungguhan dan keyakinan mendapatkan jawatan tersebut. Anda perlulah memberikan jawapan yang mampu meyakinkan bakal penemuduga anda bahawa anda benar-benar layak untuk memegang jawatan yang telah ditawarkan. Anda boleh menonjolkan kelebihan diri anda dan pencapaian yang telah anda lakukan.

6. Apakah Tugas Dan Tanggungjawab Anda Dalam Pekerjaan Sebelum Ini?

Untuk menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkan secara khusus dan mendapan tentang apa yang telah tugas dan tanggungjawab anda sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. anda juga perlu menceritakan bagaimana anda mengadalikan masalah yang timbul semasa anda memegang jawatan tersebut. Anda diingatkan untuk tidak sesekali menipu mengenai tugasan anda kerana anda mungkin akan berdepan dengan masalah.

7. Anda Ada Apa-apa Soalan?

Soalan wajib dijawab oleh anda kerana panel penemuduga pasti menantikan soalan daripada anda. Jangan sesekali anda meninggalkan bilik temuduga tanpa bertanya sebarang soalan atau membuatkan diri anda tertanya-tanya. Pastikan juga soalan yang ditanya adalah soalan yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Perkara ini akan menunjukkan anda seorang yang profesional dan berdedikasi.

Anda boleh rujuk DI SINI untuk mengetahui soalan apakah yang sesuai ditanya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh panel penemuduga di sektor awam dan swasta. Anda hendaklah membuat persiapan dan latihan sebelum menghadiri sesi temuduga agar anda lulus temuduga yang dihadiri dan mendapat pekerjaan yang anda inginkan.

Selamat Maju Jaya!

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.