8 Jawatan Kosong & Peluang Kerja Dengan Sime Darby Plantation. Ikut Temuduga Program Jelajah Prihatin, Jangan Terlepas!

5,072

Pencari kerja di negeri Kedah yang berminat untuk bekerja bersama-sama dengan Sime Darby Plantation boleh ikuti temuduga melalui Program Jelajah Prihatin Peringkat Negeri Kedah.

Bilakah ianya akan diadakan?

Dapatkan maklumat lanjut mengenai temuduga di Program Jelajah Prihatin Peringkat Negeri Kedah melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS TEMUDUGA KERJA SIME DARBY PLANTATION

Jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan info ringkas mengenai temuduga dalam Program Jelajah Prihatin Peringkat Negeri Kedah seperti berikut:

  • Tarikh: 29 Disember 2021
  • Hari: Rabu
  • Masa: 10 pagi sehingga 4 petang

Temuduga adalah secara bersemuka di lokasi berikut:

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok,
No 59, Persiaran BLM 6/2,
Bandar Laguna Merbok,
08000 Sungai Petani, Kedah

8 JENIS PEKERJAAN DI SIME DARBY PLANTATION

Terdapat 8 jenis pekerjaan yang ditawarkan oleh Sime Darby Plantation iaitu:

  1. Harvesting Plantation
  2. Pembantu teknikal
  3. Mekanik/Juru Elektrik
  4. Operator Agrokomoditi
  5. Harvesting Operator
  6. Pemandu Traktor
  7. Operator Mesin
  8. Operator Kilang

Ia terbuka kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 18 hingga 45 tahun

Sekiranya diterima kerja, anda akan menikmati beberapa faedah tambahan seperti berikut:

  • Sumbangan KWSP Majikan 15%
  • Token perayaan dan musibah
  • Sistem Insuran Pekerjaan
  • Perumahan dan keperluan asas
  • Bantuan Pendidikan Anak
  • Ganjaran persaraan
  • Kemudahan Klinik Kesihatan
  • Subsidi Utiliti (Air dan Telefon)
  • Latihan berterusan
  • Pinjaman pendidikan

CARA DAFTAR

Kalau anda tak nak terlepas peluang ini, buat pendaftaran terlebih dahulu di pautan ini:

Tunggu email untuk dipanggil temuduga dan hadir dengan persiapan seperti berikut:

  1. Menyediakan pakaian temuduga yang bersesuaian
  2. Menyediakan resume yang terkini dan lengkap dengan maklumat yang diperlukan
  3. Gambar berukuran pasport terkini
  4. Salinan sijil-sijil akademik dan kemahiran yang diperakui
  5. Sijil-sijil asal dalam satu fail

8 Jawatan Kosong & Peluang Kerja Dengan Sime Darby Plantation. Ikut Temuduga Program Jelajah Prihatin, Jangan Terlepas!

TEMUDUGA AKAN DATANG

Temuduga Program Jelajah Prihatin ini akan diadakan seluruh Malaysia seperti berikut:

  • 14 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pusat Komuniti Desa Merotai Besar, Sabah
  • 15 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pejabat PERKESO Tanjung Karang, Selangor
  • 15 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pejabat PERKESO Kluang, Johor
    16 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Dewan Orang Ramai Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak
  • 16 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pusat Komuniti Desa Kuala Mai, Temerloh, Pahang
  • 20 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Perpustakaan Awam Matu, Daro, Sarawak
  • 21 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pejabat PERKESO Mukah, Sarawak
  • 23 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pasaraya MYDIN Jasin, Melaka
  • 28 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pusat Komuniti Desa Serting Ilir, Bahau, Negeri Sembilan
  • 29 Disember 2021 (10am-4:00pm) di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok, Sg. Petani, Kedah
  • 12 Januari 2022 (10am-4:00pm) di Perpustakaan Awam Kapit, Sarawak

Selain itu, jangan lupa untuk buat permohonan Elaun Memohon Pekerjaan (EMP). Anda akan menerima elaun sebanyak RM300 hingga RM600 apabila mengikuti temuduga.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Jelajah Prihatin Peringkat Negeri Kedah sila dapatkan melalui:

  • Puan Malarmagal A/P Govindarajoo: 014-9022 087
  • Puan Malarvily A/P Jagadeson: 019-2956 178

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.