[BKM 2022] Bantuan Orang Bujang Bermula RM350 Hingga RM600. Siapa Kata Tak Ada!

6,514

Intipati Bajet 2022

Siapa cakap orang bujang dipinggirkan dalam Bajet 2022? Untuk pengetahuan semua, Menteri Kewangan dah jelaskan bahawa beliau tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyenaraikan semua bantuan.

Bantuan Orang Bujang ini adalah termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia.

Bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Kategori Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 ke bawah): RM600
  • Kategori Bujang (Pendapatan RM2,500 ke bawah): RM350

Ia termasuk Ibu/Bapa Tunggal (IBT) Isi Rumah dengan kadar bantuan sebanyak RM500 dan Warga Emas Isi Rumah sebanyak RM300.

[BKM 2022] Bantuan Orang Bujang Bermula RM350 Hingga RM600. Siapa Kata Tak Ada!

“Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul.”

Menteri Kewangan

Diharap penjelasan oleh Menteri Kewangan ini memberi kelegaan kepada golongan bujang di seluruh Malaysia!

Malah, dalam Bajet 2022 kali ini memang ada macam-macam bantuan untuk lapisan masyarakat.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain!

Bagi anda yang terlepas untuk mendengar pembentangan Bajet 2022 secara keseluruhan, boleh lihat semula video live yang dikongsikan ini.

https://www.facebook.com/MKNJPM/videos/1044517909679058/

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.