Caj Pengeluaran ATM Antarabank Dikuatkuasakan Mulai 2022. Ini Senarai Bank Yang Terlibat

916

Dah bising-bising diluar sana mengenai caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 melalui mesin ATM akan dilaksanakan semula pada tahun 2022.

Adakah ianya benar atau cakap-cakap kosong sahaja?

Ya, ianya benar dan bukan cakap-cakap kosong kerana ia telah diumumkan oleh beberapa bank yang ada di Malaysia.

TARIKH KUATKUASA CAJ TRANSAKSI PENGELUARAN

Bank-bank di Malaysia telah menetapkan caj transaksi pengeluaran menerusi mesin ATM dan akan berkuatkuasa mulai:

  • 1 Februari 2022

Untuk pengetahuan anda juga, caj transaksi pengeluaran RM1 antarabank ini telah lama wujud sebelum ini bagi setiap pengeluaran yang dilakukan.

Cuma ia dihentikan seketika semasa pandemik Covid-19 untuk mengelakkan kesesakan di perkhidmatan mesin pengeluaran ATM sekaligus mengelakkan penularan wabak Covid-19.

BANK-BANK TERLIBAT

Antara bank-bank yang terlibat dengan penguatkuasaan caj transaksi pengeluaran menerusi mesin ATM mulai 1 Februari 2022 nanti ialah:

  • Maybank
  • CIMB Bank/CIMB Islamic
  • Hong Leong Bank
  • Ambank
  • Public Bank
  • HSBC Bank
  • Citibank
  • Bank Islam
  • Kuwait

Jika anda semua tak nak dicaj semasa mengeluarkan wang tunai di mesin ATM, anda boleh membuat pengeluaran wang di mesin ATM bank masing-masing.

Contoh: Pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang tunai di mesin ATM Maybank sahaja.

SENARAI NOTIS CAJ TRANSAKSI PENGELUARAN

Anda boleh rujuk notis caj transaksi pengeluaran seperti yang dikongsikan disini.

BANK ISLAM

Caj Pengeluaran ATM Antarabank Dikuatkuasakan Mulai 2022. Ini Senarai Bank Yang Terlibat

MAYBANK

CIMB

HONG LEONG BANK

AMBANK

PUBLIC BANK

Baca juga: Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.