Pinjaman Peribadi Untuk Skim Kakitangan Awam Persekutuan

0 1,513

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam persekutuan. BSN SKAP atau Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP) adalah pinjaman peribadi Islamik tak bercagar yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional. Seperti namanya, pinjaman peribadi ini adalah khusus untuk kakitangan awam yang berada di bawah Kerajaan Persekutuan. Pinjaman ini tidak dibuka kepada mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan anda untuk membuat pinjaman peribadi ini.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon pinjaman peribadi BSN SKAP:

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

Syarat Khas

  • Untuk status tetap – telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan.
  • Untuk status kontrak/sementara – telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu  ada penjamin. Penjamin perlu kakitangan Kerajaan Persekutuan yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

CIRI-CIRI DAN KELEBIHAN BSN SKAP

Berikut adalah ciri-ciri dan kelebihan bagi pinjaman peribadi BSN SKAP adalah seperti:

  • Pinjaman Islamik Patuh Syariah
    BSN SKAP adalah pinjaman peribadi Islamik yang 100% patuh Syariah dengan menggunakan konsep Tawarruq.
  • Dibuka untuk kakitangan kontrak/sementara
    Tidak seperti pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan yang lain, BSN membuka pinjaman ini kepada mereka yang berstatus kontrak/sementara (rujuk di bahagian syarat).
  • Kadar keuntungan terendah
    Kadar keuntungan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk pinjaman ini adalah antara yang terendah di Malaysia, iaitu antara 4.6% p.a hingga 4.75% p.a.
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel
    Anda boleh memohon dari RM5,000 sehingga mencecah RM200,000. Jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada bayaran ansuran bulanan tidak boleh lebih dari 60% gaji bersih bulanan anda.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel
    Tempoh pembayaran semula yang ditawarkan adalah sangat fleksible, iaitu bermula dari 24 bulan (2 tahun) hingga menjangkau 120 bulan (10 tahun).
  • Tiada caj proses
    Bank Simpanan Nasional tidak mengenakan sebarang caj pemprosesan untuk pinjaman BSN SKAP.
  • Tiada caj penamatan awal
    BSN tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee) sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan pinjaman anda lebih awal daripada tempoh perjanjian.
  • Pembayaran melalui pemotongan gaji
    Anda perlu membayar ansuran bulanan melalui kaedah pemotongan gaji.
  • Rekod Kredit (CCRIS) tak cantik boleh mohon
    Tidak seperti kebanyakan pinjaman peribadi bank, anda masih boleh mohon pinjaman BSN Skim Kakitangan Awam Persekutuan walaupun anda mempunyai tunggakan di rekod CCRIS. Walaubagaimanapun, ini masih bergantung kepada BSN selepas menyemak rekod kredit anda dan mengira risiko yang perlu ditanggung oleh Bank.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN SKAP adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  • Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  • Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara.
  • Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

CAJ YANG DIKENAKAN

Berikut ialah caj-caj yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional jika permohonan anda diluluskan:

  • Caj setem duti sebanyak 0.5% dari jumlah pinjaman yang lulus.
  • Caj Insurans (pilihan tak wajib ambil).
  • BSN Cash Shield sebanyak RM318 (pilihan tak wajib ambil).
  • Caj lewat bayar (late payment fee) sebanyak 1% dari baki pinjaman sekiranya anda lewat bayar.
  • BSN tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early termination fee).

CARA MEMOHON

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan anda boleh mengemukakan permohonan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan kawasan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.