3 Kredit SPM Dah Boleh Lanjut Pengajian Peringkat Diploma di KITAB MAINPP, Elaun Sara Diri Setiap Bulan Disediakan

475

Lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, sangat dialu-alukan untuk membuat permohonan mulai sekarang!

Malah, terdapat 7 jenis program pengajian Diploma yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM dan pelajar boleh memilih mana-mana pengajian yang sesuai dengan anda.

Semak cara memohon pengajian Diploma di KITAB disini seterusnya buat permohonan dengan segera.

INFO RINGKAS KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA (KITAB) PULAU PINANG

KITAB ditubuhkan pada 12 Mei 2004 setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • KITAB adalah lanjutan daripada sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 1995 dengan menawarkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

     

  • KITAB memulakan operasi sebagai sebuah IPT pada tahun 2005 berikutan kemajuan dan perkembangan oleh MTQ yang berjaya melahirkan graduan-graduan diploma tahfiz dengan jayanya.
  • Berperanan mewujudkan pendidikan bersepadu meliputi intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pembinaan generasi umat dan pembangunan negara.

Baca juga: Cara Mohon Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang. 3 Kaedah Penghantaran Borang Ada Disini

7 PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA KITAB

Terdapat 7 program pengajian Diploma yang ditawarkan kepada lepasan SPM di KITAB iaitu:

  1. Diploma Takfiz Al-Quran
  2. Diploma Syariah
  3. Diploma Kewangan
  4. Diploma Pengajian Islam
  5. Diploma Kaunseling
  6. Diploma Pengurusan Halal
  7. Diploma Pentadbiran Muamalat

SYARAT UTAMA PERMOHOHAN

Syarat utama untuk memohon pengajian Diploma di KITAB, Pulau Pinang ialah:

  • 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pelajar lepasan SPM dan beragama Islam
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia

KELEBIHAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DIPLOMA DI KITAB

Terdapat pelbagai kelebihan yang bakal pelajar perolehi sekiranya menyambung pengajian Diploma di KITAB, Pulau Pinang iaitu:

  • Diploma yang diiktiraf MQA
  • Yuran pengajian yang berpatutan
  • Tajaan penuh yuran pengajian dan yuran asrama bagi yang layak
  • Elaun sara diri bulanan bagi yang layak
  • Penginapan baharu yang kondusif
  • Pensyarah yang berpengalaman dan bekelayakan
  • Pelajar boleh melanjutkan pengajian di IPT dalam dan luar negara selepas tamat pengajian Diploma

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

  • Klik pautan berikut: http://jommasuk.kitab.edu.my/
  • Masukkan nombor MyKAD dan kata laluan
  • Bagi yang belum mendaftar, buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Kemudian klik Log Masuk dan buat pendaftaran untuk permohonan untuk melanjutkan pengajian Diploma di KITAB.

3 Kredit SPM Dah Boleh Lanjut Pengajian Peringkat Diploma di KITAB MAINPP, Elaun Sara Diri Setiap Bulan Disediakan

Diingatkan kepada semua pelajar lepasan SPM untuk menyediakan dokumen berikut semasa proses pendaftaran iaitu:

  • Kad pengenalan/MyKAD
  • Sijil Akademik yang berkaitan
  • Keputusan Peperiksaan SPM

Dokumen yang lengkap membantu proses pendaftaran untuk permohonan diproses dengan segara.

3 Kredit SPM Dah Boleh Lanjut Pengajian Peringkat Diploma di KITAB MAINPP, Elaun Sara Diri Setiap Bulan Disediakan

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang Sehingga RM2,500. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda berminat dan ingin dapatkan info selanjutnya mengenai permohonan pengajian Diploma di KITAB, Pulau Pinang, sila hubungi:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.