Ramai Bising! Mengapa Bonus Penjawat Awam RM700? Ini Jawapan Menteri Kewangan

5,266

Bagi penjawat awam, pembentangan Bajet 2022 yang sangat dinantikan sudah pasti adalah mengenai bonus atau Bantuan Khas Kewangan untuk tahun hadapan.

Seperti yang diumumkan, para penjawat awam diseluruh Malaysia akan menerima bonus sebanyak RM700 dan pesara kerajaan akan menerima bonus pula sebanyak RM350 setiap seorang.

Namun, ia menjadi persoalan warga Malaysia, mengapa penjawat awam diberikan bonus sehingga RM700 pada tahun 2022 nanti? Dapatkan jawapan daripada Menteri Kewangan disini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara adalah seperti berikut:

  • Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.
  • Bantuan Khas Kewangan kepada  1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350.

Selain daripada bonus, penjawat awam akan menerima insentif-insentif lain seperti berikut:

Ramai Bising! Mengapa Bonus Penjawat Awam RM700? Ini Jawapan Menteri Kewangan

JAWAPAN “MENGAPA BONUS PENJAWAT AWAM RM700?”

Mengapa bonus penjawat awam RM700?

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melihat pemberian itu:

  • Setimpal dengan pengorbanan mereka yang mencurah masa dan tenaga semasa pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
  • Kerajaan juga mengambil kira usaha penjawat awam dalam melaksanakan program pemulihan dan imunisasi kebangsaan, penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan SOP seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), para petugas kesihatan, malah ada yang terpaksa korbankan cuti demi menjalankan tugas.

“Saya sendiri berasal dari sektor swasta, saya faham keluhan itu, tetapi saya fikir kalau dibandingkan dengan bonus tahunan pekerja swasta, ia bukanlah pada kadar berlebihan.”

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Dalam membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan pada masa kini, Bajet 2022 memperlihatkan kerajaan komited menangani situasi berkenaan, dengan fokus diberikan kepada golongan belia dan graduan baharu dalam penjanaan kira-kira 600,000 peluang pekerjaan.

Ini disebabkan kerana kadar pengangguran di negara ini masih tinggi iaitu dengan kadar:

  • 4.3%

Jadi, program Jamin Kerja ini akan menjana sebanyak 600,000 peluang pekerjaan dan melalui Jamin Kerja ini, kerajaan akan mengadakan program-program seperti:

  • Insentif majikan ambil pekerja OKU, Orang Asli dan banduan
  • MyStep dengan kira-kira 80,000 pekerjaan dijamin
  • Glow, kerjasama dengan MDEC

Jadi, anda sudah mendapat jawapan mengapa bonus penjawat awam kali ini adalah sebanyak RM700? Tidak ternilai dengan jasa dan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada mereka selama ini.

Jangan lupa, jelaskan kepada rakan-rakan yang lain dan semoga anda semua dimurahkan rezeki ya!.

Baca juga: Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam Dinaikkan Maksimum 160 Hari

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.